MILITARY FORUM
 
HomeRegisterLog in


Share | 
 

 Etika Peperangan Dalam Islam

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
MR. STARK
Forum Administrator


Posts: 1798
Join date: 19/12/2008
Location: Tatooine

PostSubject: Etika Peperangan Dalam Islam   Wed Nov 25, 2009 6:57 am


Etika-etika Peperangan Dalam Islam :

* Harus mengajak manusia kepada Islam sebelum memeranginya. Contohnya pada zaman Abu Bakar al-Siddiq, sewaktu menggempur wilayah Hirah, baginda telah memberikan 3 pilihan kepada musuh Islam iaitu menganut Islam, berdamai atau berperang.

* Islam hanya membenarkan umatnya berperang seandainya mereka diperangi terlebih dahulu. (do not fire unless fired upon) Contohnya, dalam Perang Badar.

* Dalam ekspedisi peperangan tentera Islam tidak boleh memerangi orang kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya usaha seperti kanak-kanak, kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi atau pendeta.

* Tentera Islam dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali dalam keadaan darurat. Ini membuktikan Islam mementingkan keamanan dan kesejahteraan.

* Islam menetapkan etika peperangan tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah atau kafir dhimmi atau mereka yang sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam.

* Islam melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh, antaranya ialah tentera tidak boleh mencincang mayat atau musuh yang terbunuh.

* Sebarang perjanjian damai yang dimeterai wajib ditaati. Contohnya, ketika Perjanjian Hudaibiyah meskipun fasa-fasa dalam perjanjian itu seolah-olah memberikan kelebihan kepada musuh Islam namun Rasulullah mempunyai misi tersendiri.

* Etika terakhir ialah tawanan perang akan dilayan dengan baik. Ia merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh Rasulullah. Dalam Perang Badar, Baginda menggunakan kaedah diplomasi, iaitu tawanan perang harus menebus diri dengan ilmu pengetahuan serta sejumlah wang tertentu.

* Cara pengagihan harta rampasan perang. Harta-harta yang diperolehi bukan dibolot oleh Rasulullah sebaliknya diagihkan secara sama rata di kalangan para pejuang. Selepas kewujudan Baitulmal, harta-harta berkenaan diuruskan dengan lebih baik dan digunakan untuk pembangunan negara khususnya pada zaman pemerintahan khalifah Umar al-Khattab.
[justify][left]

_________________
"if you are not with me, then you are my enemy"

Back to top Go down
http://www.encikkacangtoys.blogspot.com
rgt356
Corporal
Corporal


Posts: 222
Join date: 10/10/2009
Age: 24

PostSubject: assalamualaikum   Wed Nov 25, 2009 7:09 am

ISLAM memang mementingkan kesejahteraan dalam peperangan
dalam peraturan peperangan yg dimeterai oleh negara-negara bersatu seingat saya,
unit para tidak boleh ditembak jika mereka sedang airborne

jangan jadi macam puak serb sudah,habis rakyat bosnia
Back to top Go down
MR. STARK
Forum Administrator


Posts: 1798
Join date: 19/12/2008
Location: Tatooine

PostSubject: Re: Etika Peperangan Dalam Islam   Wed Nov 25, 2009 7:29 am



menurut undang2, kenderaan/bangunan/khemah/personel yang ditandakan dengan simbol seperti pasukan palang merah tidak boleh dijadikan sasaran.

gambar diatas menunjukkan sebuah helikopter bell huey (air ambulance) sedang menjalankan operasi membawa keluar anggota tentera yang cedera (medical evacuation)

_________________
"if you are not with me, then you are my enemy"

Back to top Go down
http://www.encikkacangtoys.blogspot.com
katon
Sergeant Major
Sergeant Major


Posts: 809
Join date: 05/10/2009
Age: 39
Location: puchong

PostSubject: Re: Etika Peperangan Dalam Islam   Wed Nov 25, 2009 9:17 am

re-post

sama2lah kita renungkan...

Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).
Back to top Go down
Sixthieee
Specialist
Specialist


Posts: 188
Join date: 31/12/2009
Age: 30
Location: Saigon

PostSubject: Re: Etika Peperangan Dalam Islam   Tue Jan 05, 2010 4:53 pm

interesting.
Back to top Go down
Pelayar Di Ufuk
Private First Class
Private First Class


Posts: 128
Join date: 28/12/2009
Age: 30
Location: Kuala Kangsar-Bagan Serai-Kinrara

PostSubject: Re: Etika Peperangan Dalam Islam   Sun Apr 04, 2010 10:44 pm

Buku Tatatertib Ketika Berperang Di Dalam Islam ada di keluarkan oleh KAGAT pada sekitar akhir 80an an...aku tak ingat sgt kandungan dalm buku tersebut pasal ms tu pon aku kecik lagi...Cume apa yg ditulis oleh saudara Admin tu ada dalam buku tersebut...

Nice work....
Back to top Go down
penaceloreng
Private
Private


Posts: 85
Join date: 22/02/2010
Age: 48
Location: KL

PostSubject: Re: Etika Peperangan Dalam Islam   Mon Apr 05, 2010 3:17 am

Saya ingin berkongsi satu artikel saya yang telah disiarkan dalam Malaysian Army Journal, dua tiga tahun yang lepas. Mungkin kita boleh menimba sesuatu.

WALAUPUN ASPEK KETENTERAAN DIPENTINGKAN DALAM ISLAM TETAPI KEAMANAN ADALAH ASAS UTAMA DALAM AJARAN ISLAM

“……. terdapat individu-individu, kumpulan-kumpulan dan masyarakat yang bersifat ganas dan agresif dan tidak membenarkan orang lain hidup dalam keadaan aman dan selamat. Mereka sering melampaui batas-batas moral dan etika dan menceroboh hak-hak orang lain tanpa sebarang alas an. Individu dan masyarakat yang sedemikian haruslah dihalangi agar individu dan masyarakat yang lain dapat hidup aman.”

(AlFazlur Rahman)

PENDAHULUAN

Perbalahan dan pergaduhan di kalangan manusia telah berlaku sejak zaman Nabi Adam A.S iaitu pergaduhan yang berlaku antara anak baginda Habil dan Kabir. Walau bagaimanapun evolusi pergaduhan ataupun peperangan yang berlaku semakin lama semakin ganas, sengit, canggih dan semakin tidak terkawal. Berdasarkan fakta sejarah tidak terdapat satu kaum pun yang tidak pernah bermusuh sesama sendiri. Peperangan juga pernah berlaku di kalangan bangsa Greek, Yunan, Athen, Babylon, Farsi, India, Mesir, China, Yahudi dan Islam.

Peperangan terhadap agama yang paling kejam dan ganas telah berlaku dalam agama Yahudi. Fakta kekejaman dan keganasan tersebut di nyatakan dalam kitab El-Ishak yang ke 13 yang mengatakan ‘Bunuhlah penduduk bandar itu habis-habisan dan binasakan segala apa yang ada padanya termasuk binatang-binatangnya. Bakarlah segala barang-barang yang terdapat di dalam bandar itu. Semua barang-barang dalam bandar kepunyaan ‘Rabb’ kecuali dibakar itu. Jadikan ia padang jarak padang tekukur buat selama-lamanya’.

Baru-baru ini seluruh negara di kejutkan dengan perjuangan Kumpulan Jemaah Islamiah Malaysia ala pejuang mujahidin. Menurut pihak polis kumpulan ini dikaitkan dengan pelbagai kes jenayah. Ahli-ahlinya dikatakan mendapat latihan ketenteraan di di Afghanistan. Benarkah kumpulan ini wujud di Malaysia. Sekiranya kumpulan ini wujud, kita akan dapat menelah apakah objektif utama Kumpulan Mujahiden Malaysia. Antaranya ialah membela islam ala perjuangan Mujahiden Afghanistan yang dijuangkan atas dasar jihad. Persolan seterusnya, adakah kumpulan seperti ini perlu pada sebuah negara yang mempunyai organisasi ketenteraan yang majoriti anggota dan pemimpinnya ialah beragama islam. Adakah perjuangan seperti itu boleh dipanggil jihad. Runtuhnya Pusat Perdagangan Dunia di New York menjadi persoalan jihad menjadi lebih rumit untuk dikupas pada mata golongan yang tidak mempunyai pendidikan Islam. Pada hemat golongan ini jihad mungkin bersifat kejam, ganas dan tidak berperikemanusiaan. Walau bagaimanapun, adakah tindakan meletupkan Pusat Perdagangan Dunia, New York ataupun menyerang Amerika Syarikat merupakan satu perjuangan yang boleh ditafsirkan sebagai jihad. Perkara ini memerlukan satu kupasan yang lebih mendalam, menyeluruh dan tidak bersifat emosi.

KETENTERAAN MENGIKUT AL-QURAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN JIHAD


Istilah ketenteraan dibina dari dua perkara iaitu tentera dan peperangan. Dengan adanya tentera dan peperangan, istilah ketenteraan dapatlah difahami sebagai hasil gabungan faktor manusia dengan faktor teknik (teknologi). Di dalam Al-Quran penggunaan tentera dinyatakan dalam kalimah ‘jund’ atau ‘junud’. Terdapat beberapa ayat di dalam Al-Quran yang menyebut tentang kalimah ‘jund’. Contohnya dalam Surah Yasin ayat 75 yang bermaksud:

Berhala-berhala (patung-patung) itu tidak dapat menolong mereka pada hal mereka menjadi tentera (yang disiapkan untuk) menjaganya.

Manakala Jihad berasal dari perkataan “al-Juhd” yang bererti keberatan. Ulama Islam meletakkan jihad sebagai salah satu kewajipan yang berterusan di kalangan umat Islam sehinggalah ke hari kiamat. Jihad di wajibkan untuk mempertahankan agama Allah dan untuk menjamin keselamatan umat Islam daripada sebarang bentuk permusuhan di dalam bentuk akidah, keselamatan diri, nyawa, harta benda mahupun kehormatan umat Islam. Walaupun Allah berkuasa untuk menolong umat-umatnya namun Allah tidak terus berbuat demikian kerana hendak menguji umat-umatnya.

Inilah sebabnya umat Islam di wajibkan berjihad dan di wajibkan melaksanakan ‘amr bil ma’ ruf’ dan ‘nahyu anil munkar’. Jika umat Islam tidak melaksanakannya mereka akan mendapat dosa dan diseksa oleh Allah di akhirat kelak. Perkara ini dinyatakan oleh Allah di dalam firmannya di dalam surah Muhammad ayat 31 yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya kami akan benar-benar menguji kamu mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu “.

Ini bermakna islam mewajibkan perang bagi menyempurnakan jihad terhadap Allah dan bukannya bagi tujuan yang lain seperti penjajahan tanahair, politik, ekonomi, kebendaan, membalas dendam dan lain-lain lagi. Tegasnya perang dan jihad tidak boleh dikenakan terhadap orang-orang kafir selagi tidak wujud perseteruannya yang nyata terhadap Islam. Ini dengan jelas membuktikan kepada kita bahawa peperangan di benarkan di dalam Islam tetapi ianya tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya hingga melampaui batas.

Di dalam agama Islam istilah jihad mempunyai pengertian yang lebih umum daripada istilah peperangan tetapi peperangan merupakan sebahagian daripada jihad kepada Allah dan ianya merupakan pengorbanan yang besar dan sangat mulia di sisi Allah. Sebab itulah di dalam Islam, setiap individu muslim mestilah pada umumnya merelakan dirinya untuk berjihad ke jalan Allah dan khususnya apabila diperintahkan berjihad bagi menegakkan kalimah Allah.

Jihad boleh dibahagikan kepada dua iaitu jihad dalaman dan jihad luaran. Jihad dalaman ialah jihad terhadap diri sendiri yang meliputi jihad terhadap nafsu dan menentang syaitan. Manakala jihad luaran pula merupakan jihad diri terhadap orang-orang kafir, munafik, zalim, rosak dan fasik. Jihad Luaran juga meliputi jihad di dalam mempertahankan negara, jiwa, masyarakat, harta benda , kehormatan dan akidah umat Islam seluruhnya.

Dalam sejarah Islam, perintah Allah yang membenarkan umat Islam berjihad (berperang) berlaku setahun selepas penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W. dari Mekah ke Madinah. Iaitu apabila keadaan perseteruan, ancaman dan keganasan orang-orang kafir Quraish terhadap umat Islam semakin memuncak sehingga Nabi Muhammad S.A.W. sendiri hendak di bunuh oleh orang-orang kafir Quraish. Ini dengan jelas menunjukkan kepada kita bahawa jihad diperlukan untuk memelihara agama dan maruah umat Islam.

Hanya orang yang benar-benar muslim sahaja yang bersedia untuk berjuang dengan bersungguh-sungguh walaupun dengan berkorban nyawa dan harta benda untuk keredaan Allah. Di sinilah letakkan kepentingan jihad di dalam Islam. Jika manusia tidak berani hingga ke tahap ini maka sudah tentulah dunia ini akan dipenuhi dengan kezaliman, kemaksiatan, penindasan, dan huru-hara. Oleh itu hanya jihad sahajalah yang menjadi alternatif dan jalan penyelesaian bagi menegakkan keamanan dan ketertiban di muka bumi ini.

Jihad yang diizinkan oleh Allah di dalam Islam bukan hanya bertahan apabila menghadapi serangan musuh, malah mengambil langkah awal untuk menahan dan menghalang serangan serta tindakan musuh. Tegasnya jihad bukanlah hanya bertahan apabila diserang sebaliknya perlu menyerang musuh terlebih dahulu, apabila sudah jelas wujudnya ancaman musuh terhadap agama Islam. Di antara lain tujuan-tujuan jihad ialah:

a. Untuk memelihara masyarakat Islam.

b. Untuk memelihara ideologi yang menjadi asas kepada tertegak sistem hak.

c. Untuk menghancurkan semua kuasa yang batil yang mengancam kejayaan yang telah di capai oleh revolusi Islam dan menghalang perlaksanaan Islam itu seterusnya.

d. Untuk menolak dan menghancurkan semua halangan yang menyekat proses perubahan sosial dan kebajikan manusia.


ISLAM MENGUTAMAKAN KEAMANAN


Keamanan adalah asas dan dasar kepada kehidupan di dalam Islam sementara peperangan hanyalah satu perkara keperluan iaitu apabila tiada lagi jalan penyelesaian atau pilihan lain. Walaupun peperangan dibenarkan di dalam Islam tetapi ianya merupakan jalan terakhir dan sekiranya masih ada lagi peluang untuk mengelakkannya daripada berlaku, maka ianya hendaklah dielakkan.

Itulah sebabnya apabila umat Islam mencapai kemenangan di dalam peperangan yang pertama iaitu peperangan Badar ada pendapat yang mengatakan Islam itu lahir di hari Nabi Muhammad S.A.W dibangkitkan dan negara Islam pula lahir pada hari orang-orang Islam menang di Badar. Peperangan Badar menjadi titik tolak kepada perkembangan Islam kemudiannya. Selepas peperangan Badar orang-orang kafir telah mula mengiktiraf dan memandang mulia kepada Agama Islam. Agama Islam diturunkan oleh Allah untuk membawa kedamaian, ketenangan dan kesejahteraan kepada manusia sejagat agar manusia dapat hidup di dalam keadaan yang aman di atas muka bumi ini . Ini dapat di lihat dengan jelas daripada firman Allah di dalam surah Al- Maidah ayat 15-16 yang bermaksud:

Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredaannya ke jalan-jalan keselamatan dan (dengan kitab pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gelita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizinnya dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus (siratul mustaqim).

Jalan yang lurus merupakan jalan kehidupan yang membolehkan manusia membangunkan semula kekuasaan dan kebolehannya mengikut kehendaknya sendiri untuk kebaikan seluruh manusia dan bukannya untuk kepentingan peribadi. Tegasnya ianya merupakan jalan kehidupan yang membolehkan individu dan masyarakat menyelesaikan masalah kerohanian, moral, ekonomi, politik dan antara negara dengan cara yang seimbang, licin dan adil.

Oleh yang demikian Nabi Muhammad S.A.W menyebar ajaran Islam melalui cara yang terbuka dan mementingkan penerimaan yang ikhlas dan bukannya dengan cara paksaan. Di samping itu juga nabi Muhammad dan pengikut-pengikutnya tidak cepat melatah dan bertindak balas terhadap orang-orang kafir Quraish yang sentiasa mengganggu, menzalimi dan menindas umat Islam. Menyedari akan hakikat betapa keamanan itu penting untuk memudahkan usaha-usaha penyebaran Islam secara berkesan maka Nabi Muhammad S.A.W telah bersetuju untuk memeterai perjanjian Hudaibiah dengan kaum kafir Quraish pada tahun keenam hijrah.

Meskipun beberapa fasal perjanjian itu ditafsirkan sebagai merugikan umat Islam oleh sesetengah pihak seperti fasal yang menyebut Nabi Muhammad S.A.W dikehendaki menyerahkan orang-orang kafir Quraish Mekah dan kaum Muslimin tidak dibenarkan menunaikan haji di Mekah pada tahun itu tetapi sejarah Islam membuktikan bagaimana umat Islam di Madinah telah telah berjaya meneguhkan pembinaan kekuatan mereka dalam bidang politik, ekonomi dan sosial di dalam era keamanan hasil perjanjian ini sehinggalah umat Islam akhirnya berjaya menakluk Mekah di tahun kelapan Hijrah.

ISLAM MENGUTAMAKAN KEDAMAIAN

Perkataan Islam bermaksud damai dan penyerahan, dan kepatuhan kepada perintah Allah yang merupakan pencipta, pemilik dan penguasa seluruh alam. Sesiapa yang mendapatkan petunjuk ke arah jalan yang benar dari Allah dengan cara sukarela ia akan dikurniakan kedamaian dan kegembiraan oleh Allah. Mereka juga akan mendapat keselamatan daripada niat, fikiran dan tindakan yang salah dan akibat-akibat daripadanya kerana di dalam setiap pertimbangan mereka akan memilih jalan yang selamat melalui hidayah Allah. Ini dinyatakan oleh Allah di dalam firmannya di dalam surah Al-Hasyr ayat 23 yang bererti:

Dialah Allah tiada tuhan selain Dia, Raja Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, yang Memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

Musuh–musuh Islam telah menentang dan menghalang nabi Muhammad S.A.W daripada menyeru manusia ke jalan kedamaian dan kegembiraan melalui risalah-risalah yang di sampaikan. Musuh-musuh Islam telah melakukan berbagai kezaliman dan penyeksaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W dan pengikut-pengikutnya tetapi semua ini tidak langsung melemahkan Nabi Muhammad S.A.W dan pengikut-pengikutnya untuk terus mengembang dan mengamalkan ajaran Islam.

Sebagai menjunjung perintah Allah untuk mengajak manusia ke arah kebenaran, Nabi Muhammad S.A.W umpamanya telah mengirim perutusan kepada kerajaan-kerajaan jiran negara Islam Madinah, mengajak mereka menerima Islam. Sebagai contoh di kemukakan surat yang di kirimkan oleh Nabi Muhammad S.A.w kepada Kaisar Rom Heraklius yang berbunyi:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad Rasullulah untuk Heraklius Kaisar Rom. Semoga keselamatan dilimpahkan bagi orang-orang yang mengikuti jalan petunjuk. Sesungguhnya aku mengajakmu kepada Islam. Islamlah kamu nescaya kamu akan selamat dan Allah pun akan memberi pahala dua kali ganda, apabila kamu berpaling maka kamu akan menanggung dosa-dosa kaummu. Wahai ahli kitab marilah kita berpegang kepada satu kalimah kesepakatan yang tidak diperselisihkan antara kami dan kalian, iaitu kita tunduk menyembah kecuali kepada Allah dan kita tidak akan menyekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak pula sebahagian kita menjadikan tuhan kepada sebahagian yang lain selain Allah. Jika mereka berpaling katakanlah kepada mereka saksikanlah bahawa kami adalah orang-orang yang menyerahkan diri kepada Allah.

Diriwayatkan Heraklius hampir menerima Islam selepas membaca surat ini, namun begitu telah dihalang oleh paderi Kristian kerajaannya ketika itu. Beliau akhirnya membatalkan niatnya kerana bimbang akan kehilangan takhtanya. Demikianlah dapat kita saksikan bagaimana secara bijaksana nabi Muhammad S.A.W mengajak seorang pemimpin kerajaan kafir supaya memeluk islam secara damai sehingga berjaya melembutkan jiwa seorang raja yang dikatakan begitu keras pendiriannya.

Sejarah juga telah membuktikan Islam itu berkembang melalui proses kedamaian dan bukannya melalui ketenteraan apabila jumlah penganut Islam meningkat dari masa ke semasa meskipun di saat empayar Islam yang akhir (empayar Othmaniah) kehilangan kuasa ketenteraan selepas berakhirnya abad ke 18.


ISLAM MENGHORMATI DAN MEMULIAKAN NYAWA MANUSIA.


Islam amat menghormati dan memuliakan nyawa manusia dan telah melakukan segala perkara yang mungkin untuk menyelamatkan dan mempertahankan nyawa tersebut. Ini dijelaskan oleh Allah di dalam firmannya di dalam surah Al- An’ Aam ayat 151 yang bermaksud:

Katakanlah, marilah kubacakan apa yang atas kamu, oleh tuhanmu iaitu; Jangan kamu mempersekutukan sesuatu yang Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibubapa dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami akan memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka dan janganlah kamu dekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik nampak di antaranya mahu pun yang tersembunyi dan janganlah kamu membunuh jiwa yang di haramkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu sebab yang benar. Kemudian yang diperintahkan oleh tuhan mu kepada mu supaya kamu memahami (nya).

Selagi seseorang itu menghormati hak orang lain untuk kehidupan, tiada sesiapapun yang dibenarkan untuk mengambil nyawanya. Nyawa manusia perlu dipelihara kesuciannya bagi menjamin keselamatan kehidupan manusia. Tindakkan pengeboman Pusat Perdagangan Dunia New York adalah bertentangan dengan ayat ini kerana ianya melibatkan nyawa orang awam yang tidak berdosa. Ianya menjadi lebih bertentangan lagi sekiranya ada orang islam di dalam bangunan tersebut. Ini bermakna kedamaian dan keamanan merupakan sesuatu yang amat di pentingkan di dalam Islam bagi memberi peluang kepada manusia untuk hidup dengan aman, selamat dan sejahtera.

Sungguhpun Allah membenarkan umat Islam berperang dan berjihad (dilancarkan apabila perlu sahaja) tetapi pada masa yang sama juga Allah telah menetapkan batas-batas yang perlu dipatuhi oleh umat Islam di dalam peperangan. Ketegasan ini dapat di lihat dengan jelas dari firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 190-193 yang bererti:

Dan perangilah dijalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, tetapi janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan bunuhlah mereka di mana kamu menjumpai mereka. Dan usirlah mereka dari tempat mereka telah mengusir kamu (Mekah); dan fitnah itu lebih merbahaya dari pembunuhan, dan janganlah kamu memerangi mereka di Masjidil Haram kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. Jika mereka memerangi kamu di tempat itu, maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang kafir. Kemudian jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Dan perangilah mereka sehingga tiada lagi fitnah dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah sahaja. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu) maka tiada permusuhan lagi, kecuali terhadap orang-orang yang zalim.

Allah telah menetapkan had-had di dalam peperangan sebagai satu lagi bukti bahawa Islam amat memuliakan dan menghormati nyawa manusia. Kerana di kalangan ramai musuh-musuh Islam itu ada terdapat musuh-musuh Islam yang tidak aktif seperti kanak-kanak, orang-orang perempuan, orang-orang tua, orang-orang yang sakit dan sebagainya di mana mereka ini memerlukan pertolongan dan janganlah dianiaya.

Berdasarkan kepada prinsip-prinsip inilah kita dapati jumlah mereka yang terbunuh di dalam semua peperangan hanyalah seramai 255 orang di pihak Islam dan 759 di pihak musuh dalam tempoh 10 tahun kegiatan ketenteraan nabi Muhammad S.A.W di Madinah. Manakala jumlah orang-orang tawanan di dalam kesemua peperangan ialah 6,564 orang dan daripada sejumlah itu seramai 6,374 orang telah di bebaskan manakala selebihnya telah menganut Islam dengan kerelaan mereka sendiri.

Nabi Muhammad S.A.w juga telah menghalang pembunuhan beberapa orang kafir Quraish di dalam perang Badar kerana mereka menyertai musuh bukan dengan kerelaan hati mereka di antaranya seperti Abbas bin Abdul Mutalib dan Abu Bakhtari bin Hisyam. Malah semasa penaklukan semula kota Mekah Nabi Muhammad S.A.W telah mengampunkan kesemua mereka yang telah bertindak kejam terhadap baginda dan pengikut-pengikutnya selama 15 hingga 20 tahun yang lalu.

Dalam haji perpisahan Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda kepada sahabat-sahabatnya ‘Nyawa dan harta kamu adalah suci sehingga kamu menemui tuhan kamu kerana hari dan bulan ini adalah suci. Kamu pasti akan menemui Allah dan Dia akan menyoal akan amalan-amalan kamu. Selagi mana pengikutnya tidak menumpahkan darah yang di haramkan oleh Allah selagi itulah imannya akan terus bertambah. Di hari kiamat kelak perkara pertama yang akan diadili oleh Allah terhadap manusia ialah tuntutan darah’.

Menumpahkan darah-darah manusia tergolong di dalam dosa-dosa besar. Penghormatan dan kemuliaan terhadap nyawa ini amat jelas menunjukkan bahawa Islam amat mengutamakan perdamaian dan keamanan di dalam kehidupan manusia. Tidak kira siapapun yang terlibat samada Osama Ben Laden ataupun Saddam Hussein dan atas dasar apapun alasan mereka tetapi pengeboman Pusat Perdagangan Dunia New York adalah secara terang bertentangan dengan ajaran Islam. Orang yang bertanggungjawab dalam pembunuhan akan di soal oleh Allah di hari kiamat ataupun perhitungan tuntutan darah.

TIADA PAKSAAN DI DALAM ISLAM

Allah tidak pernah memaksa sesiapapun untuk mengikuti ajaran Islam dan menikmati kebaikan dan kedamaian. Nabi Muhammad S.A.W hanya menjalankan tugasnya untuk menyampaikan ajaran Islam kepada manusia dan terpulanglah kepada manusia itu sendiri sama ada hendak menerimanya atau sebaliknya. Sesiapa yang menuruti ajaran Islam akan dipimpin ke jalan yang benar, bahagia dan damai manakala bagi yang memilih jalan yang lain akan sesat di dalam kegelapan dan kejahilan. Ini dinyatakan oleh Allah di dalam surah Ibrahim ayat 4 yang bermaksud:

Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia dapat memberi penjelasan yang terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang Dia kehendaki dan Dialah tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

Penerimaan atau penolakan terhadap Islam adalah berdasarkan kepada keputusan seseorang manusia itu sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa. Oleh yang demikian seseorang hanya akan menganut agama Islam apabila ia telah benar-benar yakin kepada kebenaran agama Islam. Tiadalah gunanya memaksa seseorang manusia itu supaya menerima Islam kerana keyakinan adalah soal hati seseorang dan tiada sebarang paksaan atau kekuatan yang dapat menjadikan seseorang itu menerima sesuatu yang tidak di yakini kebenarannya.

Selepas penerangan dan penjelasan yang disampaikan terpulanglah kepada mereka sama ada hendak beriman atau pun tidak tanpa ada sebarang unsur-unsur paksaan di dalam agama. Akan tetapi rasa takut kepada hukuman dan balasan di akhirat kelak yang membuatkan seolah-olah seseorang itu menerima sesuatu agama itu demi untuk menyelamatkan dirinya tidaklah boleh dianggapkan bahawa seseorang itu benar-benar beriman.

Keimanan seseorang tidak akan sempurna sehinggalah ia menerimanya dengan hati yang terbuka dan penuh kerelaan. Paksaan akan memusnahkan seluruh konsep bertanggungjawab, diberi kebebasan dan ganjaran di akhirat. Oleh kerana itu islam tidak menyarankan unsur-unsur paksaan dan ugutan di dalam penyebarannya kerana tindakan yang sedemikian akan memusnahkan tujuan utama falsafah hidupnya, iaitu kebahagiaan manusia bergantung kepada pilihan mereka sendiri. Allah telah berfirman di dalam surah Al – Baqarah ayat 256 yang bererti:

Tiada paksaan untuk (memasuki) agama Islam . Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar dari jalan yang salah. Kerana itu barang sesiapa yang ingkar kepada thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Ayat di atas dengan jelas menunjukkan kepada kita bahawa walaupun Islam mengutamakan kedamaian dan keamanan hidup namu ianya tidak pula sampai kepringkat di mana ianya dipaksa ke atas manusia untuk mengikutinya. Sebaliknya manusia diberikan kebebasan yang seluas-luasnya untuk membuat pilihan yang mereka sukai.

TINDAKAN KETENTERAAN YANG DI BENARKAN

Meskipun Islam mengutamakan kedamaian, keamanan dan amat menghormati nyawa manusia namun ini tidak pula bermakna umat Islam hanya perlu bersabar dan berdiam diri untuk menunggu pertolongan daripada Allah apabila menghadapi ancaman daripada musuh. Konsep jihad itu sendiri jika difahami dengan sebenar-benarnya akan dapat memandu kita ke arah tindakan yang betul. Iaitu musuh-musuh Islam yang di dapati mengancam keselamatan umat Islam perlu diperangi terlebih dahulu sebelum mereka diperangi oleh musuh apabila permusuhan telah jelas kelihatan. Di dalam keadaan seumpama inilah Allah telah mengizinkan umatnya supaya berperang menentang musuh-musuh Islam.

Walau bagaimana demikian peperangan yang di benarkan oleh Allah itu mempunyai had-had dan peraturan-peraturan yang tertentu yang telah di tetapkan oleh Allah. Peperangan yang dibenarkan ialah perjuangan yang dilancarkan dengan sebab-sebab yang diizinkan Allah dan antaranya ialah seperti berikut:

a. Menghalang keganasan dan mengekalkan keamanan.
Manusia yang ganas, agresif dan tidak membenarkan orang lain hidup dengan aman dan damai perlu di hapuskan dari muka bumi ini. Mereka ini sering mencerobohi nyawa dan harta benda orang lain untuk kepentingan mereka sendiri. Oleh yang demikian tindakan manusia yang seumpama ini perlu di halang bagi membolehkan manusia yang lain dapat hidup di dalam keadaan yang aman dan damai. Contohnya penyeksaan kaum kafir Mekah ke atas Bilal bin Rabah di mana ibunya telah di sula, ayahnya di butakan mata, saudara mara dan dirinya sendiri telah diseksa dengan api. Malah untuk menghalang golongan manusia yang seumpama ini daripada terus bermaharajalela Islam mewajibkan mereka ini diperangi bagi mengekal keamanan dan ketertiban hidup agar manusia dapat mengamalkan ajaran agama mereka tanpa sebarang perasaan takut dan gelisah.

b. Mempertahan dan melindungi diri. Di awal-awal penyebaran Islam nabi Muhammad S.A.W telah menyebarkan secara senyap-senyap di kalangan sahabat handai dan saudara maranya yang terdekat. Lama-kelamaan apabila ajarannya telah diterima ramai dan pengikut-pengikutnya telah bertambah ramai. Baginda telah mula menyebarkannya secara terbuka tetapi dengan perasaan penuh kasih sayang di antara satu sama lain.

Walau bagaimana pun apabila kaum kafir Quraish mendapati ajaran nabi Muhammad S.A.W telah mula disebarkan secara terbuka ini, mereka telah mula merasa bimbang dan seterusnya telah memulakan penentangan. Apabila penentangan mereka tidak diendahkan oleh nabi Muhammad S.A.W dan pengikut-pengikutnya, maka penentangan tersebut telah ditingkatkan hingga semakin lama semakin zalim dan ganas. Orang-orang kafir Quraish Mekah telah mengikat perjanjian untuk mengenakan pemulauan ekonomi dan sosial terhadap Rasullulah S.A.W dan sahabat-sahabatnya serta juga suku kaum bani Abdul Manaf yang sentiasa membela rasullulah S.A.W.

Apabila orang-orang kafir Quraish mendapati beberapa orang islam dari Mekah telah berpindah ke Madinah, mereka telah meningkatkan permusuhan dan akhirnya telah membuat persediaan membunuh Nabi Muhammad S.A.W. Walaubagaimana pun Allah telah menyelamatkan baginda dan telah memerintahkan baginda dan pengikut-pengikutnya berhijrah ke Madinah. Baginda dan pengikut-pengikutnya telah menanggung penderitaan akibat daripada perbuatan orang-orang kafir Quraish selama 13 tahun, sehingga mereka terpaksa meninggalkan harta benda, rumah tangga, kaum keluarga, Kaabah bagi mencari perlindungan di Madinah, semata-mata untuk mempertahankan agama mereka dan mengamalkannya dengan bebas. Di Madinah orang kafir Quraish terus melancarkan pencerobohan dan serangan terhadap umat dan agama islam. Oleh yang demikian peperangan telah dibenarkan di dalam Islam sebagai langkah untuk mempertahankan dan melindungi diri daripada diseksa dan dimusnahkan.

Perjuangan (peperangan) untuk menghapuskan kuasa-kuasa yang bersifat penindas dan peruntuh adalah amat perlu kerana sekiranya kemungkaran tidak dihancurkan dengan kekerasan tetapi dibiarkan berleluasa melakukan kejahatan maka semua kebaikan, kemuliaan dan ketakwaan kepada Allah akan turut musnah.

Untuk menghadapi ancaman, serangan dan pencerobohan daripada golongan kafir Quraish ini, Nabi Muhammad S.A.W. dan pengikut-pengikutnya terpaksa mempertahankan Islam dan pengikut-pengikutnya dengan menyerang dan membalas serangan daripada musuh-musuh Islam bagi tujuan mempertahankan diri, agama dan tanah air mereka. Kebenaran berperang buat pertama kalinya diberikan oleh Allah kepada nabi Muhammad S.A.W dan pengikut-pengikutnya terdapat di dalam surah Al- Hajj ayat 39-40 yang bererti:

Telah diizinkan berperang bagi orang-orang yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah di aniaya. Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu, (Iaitu) orang-orang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali mereka berkata: Tuhan kami hanyalah Allah. Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah ibadat orang-orang Yahudi dan masjid-masjid yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong (agamanya). Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

Beralaskan faktor inilah Nabi Muhammad S.A.W memerangi kaum Yahudi bani Quraizhah di dalam perang Bani Quraizhah di tahun kelima hijrah. Ini adalah kerana kaum ini telah mengkhianati perjanjian damai dengan Nabi Muhammad S.A.W di Madinah dengan menyertai tentera musyrikin di dalam peperangan kandak. Tindakkan kaum ini secara terang-terangan terlibat untuk menghancurkan negara Islam dan sekiranya kaum ini tidak diperangi besar kemungkinan mereka akan bertindak ganas terhadap negara islam pada masa hadapan, maka Nabi Muhammad S.A.W bertindak menyerang perkampungan kaum itu. Mereka dikalahkan secara total dimana kaum lelaki dan kaum wanita dijadikan hamba sahaya.

c. Menolong golongan orang yang ditindas dan dizalimi. Allah juga membenarkan umat Islam berperang bagi menolong orang-orang yang lemah, kanak-kanak, orang-orang perempuan, orang-orang tua, orang-orang yang sakit yang dizalimi dan ditindas. Ini jelas dapat di lihat dari firman Allah di dalam surah An Nisaak ayat 75 yang bermaksud:

Mengapa kamu tidak berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa : ya tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi engkau dan berilah kami penolong dari sisi engkau.

Tanggungjawab agama dan moral bagi orang-orang Islam bukan sahaja terbatas kepada menjaga keselamatan kumpulan mereka sahaja malah mereka juga bertanggungjawab menolong manusia yang yang lemah dan memerlukan pertolongan walau di mana sahaja mereka berada. Melalui peperangan sahaja penindasan akan dapat diberhentikan dan kebenaran akan dapat di wujudkan. Dengan ini juga manusia akan bebas untuk mencari keadilan dan menikmati kebebasan berekonomi, beragama dan berpolitik tanpa sebarang unsur-unsur paksaan dan ketakutan. Islam mengajar manusia supaya menegakkan keadilan di mana –mana sahaja . keadilan yang dituntut adalah keadilan makhluk baik di kalangan kaum Muslimin mahupun di antara kaum Muslimin dengan orang-orang kafir.

d. Menentang pembuat kerosakan. Umat Islam diperintahkan untuk memerangi pembuat-pembuat kerosakan dan agar tidak gentar di dalam menghadapi musuh-musuh Islam kerana Allah telah berjanji akhirnya kejahatan akan kecundang dan yang benar pasti akan mencapai kemenangan. Allah telah berfirman di dalam surah An- Nisaak ayat 76 yang bererti:

Orang-orang beriman berperang di jalan Allah dan orang-orang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.

Musuh-musuh yang mencerobohi kesucian agama dan melampaui batas juga perlu dihancurkan. Sesiapa sahaja yang menghalang perjuangan Islam dan menghancurkan Islam dengan kekerasan perlu ditentang dengan kekerasan tanpa perlu menunggu musuh menyerang terlebih dahulu tetapi mereka mesti dikalahkan di mana-mana sahaja yang boleh. Sekalipun pertumpahan darah bukanlah sesuatu yang baik, tetapi usaha-usaha yang menghalang pergerakan Islam adalah lebih buruk, jadi untuk memelihara agama Islam memilih untuk melakukan keburukan yang lebih kecil dengan mengangkat senjata bagi mengalahkan penghalang pergerakan islam merupakan suatu kemestian.

PENUTUP

Umat Islam berjuang di jalan keamanan , keadilan dan apabila ianya tidak dapat dicapai melalui jalan biasa maka mereka harus berperang untuk mempertahankan prinsip-prinsip asas islam. Tanpa peperangan adalah mustahil umat Islam akan dapat menikmati kehidupan yang aman dan tenteram malah kemungkinan besar nyawa dan harta benda mereka akan turut terancam.

Meskipun demikian sebelum sesuatu tindakan ketenteraan di ambil terhadap musuh Islam mereka hendaklah di beri pilihan sama ada hendak menerima Islam sebagai agama mereka, membayar cukai untuk menjaga kepentingan mereka atau berperang. Di dalam sejarah Islam Nabi Muhammad S.A.w tidak pernah memerangi musuh tanpa terlebih dahulu mengemukakan tiga perkara tersebut. Ini dapat di lihat daripada hadis Rasullulah S.A.W yang diriwayatkan oleh muslim yang bermaksud:

Apabila kamu berhadapan dengan musuhmu dari orang-orang musyrikin maka serulah mereka kepada salah satu dari tiga perkara, jika sekiranya salah satu dari perkara-perkara itu mereka terima maka selesaikanlah dan layani mereka dengan baik, Islam atau cukai atau peperangan.

Walau bagaimanapun di dalam peperangan tersebut sebaik-baik sahaja kebaikan sudah dapat diperolehi, maka kesemua bentuk peperangan hendaklah dihentikan dengan serta merta. Ini adalah kerana keamanan adalah dasar Islam manakala tindakan ketenteraan hanyalah sebagai alat penegak keamanan, kebaikan dan ketertiban. Ini dapat di lihat dengan jelas daripada firman di dalam surah Al baqarah ayat 194 bererti:

(Oleh itu) barang siapa menyerang (mencerobohi) kamu, maka seranglah ia yang seimbang dengan serangannya terhadap kamu.

Kesimpulannya peperangan adalah satu keperluan di dalam usaha untuk mengawal dan mempertahankan negara yang di atasnya didirikan sistem keadilan dan kebaikan. Oleh kerana musuh-musuh Islam ingin memusnahkannya maka satu-satunya jalan untuk mempertahankan agama dan umat islam ialah melalui tindakan ketenteraan. Ini dapat di lihat daripada firman Allah di dalam surah Al Baqarah ayat 193 yang bermaksud:

perangilah mereka itu sehingga tiada lagi fitnah dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah belaka. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu) maka tiada permusuhan (lagi) kecuali terhadap orang-orang yang zalim.

Dengan ini jelaslah bahawa Islam amat mengutamakan keamanan dan mahukan semua manusia hidup di dalam keadaan berbaik-baik dan saling menghormati di antara satu sama lain. Akan tetapi bukanlah bererti bahawa di dalam menjaga kedamaian dan kerukunan hidup Islam terpaksa menggadai maruahnya dengan sentiasa bersikap negatif walaupun dimusuhi dan dicerobohi oleh musuh diperangi dan di usir dari tanah air. Islam amat tegas di dalam soal ini dan telah mewajibkan umatnya untuk mempertahankan maruah islam walaupun dengan terpaksa melakukan peperangan.

BIBLIOGRAFI.

Ahmad Ibrahim, Piagam Madinah (Pandangan dan Ulasan), Gelanggang Kreatif, Kuala Lumpur, 1985.

Al Fazlur Rahman, Muhammad Panglima Tentera, HIZBI, Kuala Lumpur, 1990.

H. Mahmud Yunus, Tafsir Quran Karim, Pustaka Al Azhar. Kuala Lumpur, 1987.

Harun Din, Manusia dan Islam, Doprong UBS Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 1985.

Jahid Sidek, Strategi Menjawab Sejarah Islam, Nirin Enterprise, Kuala Lumpur, 1987.

Mahmood Shit Khattab, Al Badar Al Kubra, Pustaka Ikhwan, Kuala Lumpur, 1986

Muhammad Alwi Al-Maliki Al- Hasani, Detik-detik Penting Dalam Kehidupan Rasullulah, Pustaka nasional, Singapura , 1979.

Naeem Siddiqi, Muhammad Pembina Umat, Pustaka Salam, Kuala Lumpur, `1989.

Sa’id hawwa, Jihad pada Jalan Allah, Dewan Pustaka fajar, Kuala Lumpur, 1989.
[b]
Back to top Go down
http://penaceloreng.blogspot.com
syark the ghost
Sergeant Major of the Army
Sergeant Major of the Army


Posts: 3678
Join date: 29/12/2009
Age: 29
Location: Shah Alam

PostSubject: Re: Etika Peperangan Dalam Islam   Mon Apr 05, 2010 4:03 am

sungguh medalam maksud jihad nie...terima kasih penacolereng..penulisan anda banyak membuka minda dan cara saya berfikir..terima kasih
Back to top Go down
wufi
Command Sergeant Major
Command Sergeant Major


Posts: 1123
Join date: 11/03/2010
Age: 34

PostSubject: Re: Etika Peperangan Dalam Islam   Tue Apr 13, 2010 11:46 am

channel history ada menceritakan perperangan salib antara salahuddin dengan king richard..
Back to top Go down
http://majapatih.blogspot.com/
 

Etika Peperangan Dalam Islam

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
HOME OF THE BRAVE :: -