FORUM PANGGILAN PERTIWI
STOP. HOME GUARD CHECK POINT.

Please Log In or Register first.
FORUM PANGGILAN PERTIWI

Forum KESELAMATAN::PENGUATKUASAAN::KETENTERAAN
 
HomeHome  RegisterRegister  Log in  

Share | 
 

 Pembaharuan dalam bidang ketenteraan semasa kerajaan abbasiyah

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
MR. STARK
Forum Administrator
avatar

Posts : 1798
Join date : 19/12/2008
Location : Tatooine

PostSubject: Pembaharuan dalam bidang ketenteraan semasa kerajaan abbasiyah   Wed Nov 25, 2009 2:33 pm

Pembaharuan dalam bidang ketenteraan yang dilakukan oleh kerajaan abbasiyah

-Membuka keanggotaan tentera kepada orang bukan arab seperti turki dan parsi

-Mengemaskini sistem pentadbiran dan struktur organisasi ketenteraan

-Memberi gaji dan imbuhan yang lumayan kepada tentera



Struktur organisasi ketenteraan kerajaan abbasiyah

Struktur organisasi

Khalifah

Al-wazir

Diwan al-jund ( kementerian pertahanan )

Kementerian pertahanan terbahagi 8 :

1)Bahagian kewangan ( majlis takrir )

-Mengurus hal-hal gaji dan imbuhan tentera
-Mengurus hal-hal ketenteraan
-Mengurus belanjawan khusus untuk pengurusan, latihan dan peralatan ketenteraan

2)Bahagian latihan ( majlis al-muqabalah )


-Mengurus pengambilan dan latihan kepada tentera baru

3)Bahagian peninjau ( al-massahuun )


-Membuat panduan dan menasihatkan penglima angkatan tentera tentang topografi sesuatu tempat

4)Bahagian pengurusan sumber manusia ( diwan at-tasnif )


-Mengurus kenaikan pangkat
-Mengurus penyusunan tentera mengikut pasukan

5)Depot simpanan ( diwan al-aradh )


-Mengurus stor dan kelengkapan persenjataan

6)Bahagian perisikan ( al-jawasis )


-Mengintip kekuatan dan kedudukan musuh serta tahap kesetiaan tentera islam

7)Bahagian kejuruteraan ( dairah al-muhandasah )

-Mengurus pembinaan kem-kem tentera dan kubu-kubu pertahanan

8)Bahagian tentera laut ( al-bahriah )


-Mengawasi perairan kerajaan abbasiyah

-Mengawasi kerja-kerja pembinaan kapal-kapal perang
-Menyusun angakatan tentera laut

Fungsi ketenteraan dalam menjaga keamanan negara. Terbahagi kepada 2 tugas :

i.Tugas utama

a.Mempertahankan sempadan negara daripada pencerobohan luar
b.Menentang musuh negara
c.Menghadapi sebarang keadaan darurat

ii.Tugas bantuan

a.Membantu pihak polis dan pihak berkuasa awam dalam memelihara ketenteraman awam dan operasi anti keganasan

b.Membantu pihak berkuasa awam dlam bantuan malapetaka dan pembangunan negara


Faktor-faktor kejayaan tentera islam pada zaman abbasiyah

i.Dasar ketenteraan yang terbuka. Keanggotaan tentera dibuka kepada orang bukan arab seperti parsi dan turki

ii.Pemimpin yang berkaliber. Para khalifah seperti Abu Ja'far Al-Mansur dan Harun Ar-rasyid amat mengambil berat terhadap kebajikan tentera

iii.Peralatan ketenteraan yang canggih. Peralatan perang diubahsuai mengikut perkembangan semasa seperti Manjanik, Dabbabah, Baruud dan kapal perang

iv.Strategi peperangan yang berkesan. Ia sentiasa diubahsuai mengikut keperluan dan perkembangan semasa sama ada dari segi strukur ketenteraan / cara menyerang

v.Keimanan dan semangat jihad tentera islam. Tahap keimanan yang mantap, semangat jihad dan cinta kepada agama membantu mereka untuk berjuang bermatian-matian demi menjaga agama Islam daripada dihancurkan.



5.Kepentingan keselamatan untuk pembangunan dan kemajuan negara

i. Kestabilan politik akan tergugat jika negara tidak aman

ii.Ekonomi akan lumpuh dan pendidikan akan terjejas jika negara islam yang dibentuk mudah dicerobohi oleh anasir buruk

iii.Agama Islam akan diketepikan dan dirosakkan oleh agama lain jika negara islam dijajah oleh bangsa yang bukan Islam.

_________________
"if you are not with me, then you are my enemy"

Back to top Go down
http://www.encikkacangtoys.blogspot.com
katon
Sergeant Major
Sergeant Major
avatar

Posts : 809
Join date : 05/10/2009
Age : 41
Location : puchong

PostSubject: Re: Pembaharuan dalam bidang ketenteraan semasa kerajaan abbasiyah   Wed Nov 25, 2009 4:30 pm

mantap la info hang. Kalau dapat complete info pasal tamadun islam especially dalam perang salib lagi best. Selama ni kita dok tgk barat ja dok buat filem pasal perang salib. Belajaq tamadun islam dulu main2, la ni baru kalut
Back to top Go down
kuk
Sergeant Major of the Army
Sergeant Major of the Army
avatar

Posts : 2938
Join date : 17/09/2009
Age : 40
Location : Kelantan

PostSubject: Re: Pembaharuan dalam bidang ketenteraan semasa kerajaan abbasiyah   Thu Dec 10, 2009 11:13 am

Sam la kita. Dulu masa kat sekolah yang tau pasal perang badar dan perang uhud je. Yang lain tu tak nak ambik tau Sad
Back to top Go down
alor star airmen
Specialist
Specialist
avatar

Posts : 165
Join date : 13/09/2009
Age : 39

PostSubject: Re: Pembaharuan dalam bidang ketenteraan semasa kerajaan abbasiyah   Thu Dec 10, 2009 7:48 pm

menarik juga kalau dapat info mengenai perang salib
Back to top Go down
MR. STARK
Forum Administrator
avatar

Posts : 1798
Join date : 19/12/2008
Location : Tatooine

PostSubject: Re: Pembaharuan dalam bidang ketenteraan semasa kerajaan abbasiyah   Thu Dec 10, 2009 7:55 pm

aku nk tanya sikit la. sapa tau bagaimana tentera2 islam zaman rasulullah dan sahabat dilatih? adakah amalan sepak terajang, caci maki, herdik-mengherdik turut dipraktikkan sama mcm skrg ni?

adakah amalan ini telah diwarisi sejak dulu lagi untuk melahirkan tentera yang kental dari segi mental dan fizikal?

_________________
"if you are not with me, then you are my enemy"

Back to top Go down
http://www.encikkacangtoys.blogspot.com
Akmal3110
Sergeant Major of the Army
Sergeant Major of the Army
avatar

Posts : 3101
Join date : 25/11/2009
Age : 27
Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo

PostSubject: Re: Pembaharuan dalam bidang ketenteraan semasa kerajaan abbasiyah   Thu Dec 10, 2009 8:01 pm

Admin wrote:
aku nk tanya sikit la. sapa tau bagaimana tentera2 islam zaman rasulullah dan sahabat dilatih? adakah amalan sepak terajang, caci maki, herdik-mengherdik turut dipraktikkan sama mcm skrg ni?

adakah amalan ini telah diwarisi sejak dulu lagi untuk melahirkan tentera yang kental dari segi mental dan fizikal?

Mungkin mereka tidak memerlukan amalan-amalan macam sekarang kerana ketaatan mereka pada agama itu sendiri sudah cukup untuk membuatkan mereka kental dari segi mental dan fizikal. Bukan saya hendak kata tentera kita sekarang tidak taat kepada agama cuma mungkin cara itu tidak bersesuai dengan orang kita yang keras kepala. Masing-masing dengan cara masing-masing.
Back to top Go down
MR. STARK
Forum Administrator
avatar

Posts : 1798
Join date : 19/12/2008
Location : Tatooine

PostSubject: Re: Pembaharuan dalam bidang ketenteraan semasa kerajaan abbasiyah   Thu Dec 10, 2009 8:14 pm

Mungkin ATM leh amik modul2 latihan yang digunapakai oleh Rasulullah dan para sahabat untuk dipraktikkan kepada tentera negara kita hari ni. secara tak langsung akan melahirkan tentera yang bukan sekadar taat kepada raja dan negara, malah sedia berkorban untuk agama Islam yang tercinta.

_________________
"if you are not with me, then you are my enemy"

Back to top Go down
http://www.encikkacangtoys.blogspot.com
kudabesi87
Sergeant Major of the Army
Sergeant Major of the Army
avatar

Posts : 1400
Join date : 03/10/2009
Age : 30
Location : Chenorbyl

PostSubject: Re: Pembaharuan dalam bidang ketenteraan semasa kerajaan abbasiyah   Thu Dec 10, 2009 11:03 pm

menarik nih...

apa akmal tu cakap ada point..orang arab, memang dah darah daging dia berperang waktu jahiliah lagi. semangat perwira tu mmg dah ada, dorang boleh berperang antara kabilah sebab kecik jer. bila Islam datang, dorang menukarkan smangat assabiah tadi kepada kecintaan kpd Allah dan Rasul. serta ikatan persaudaraan Islam..ikhwanul muslimin.

yg admin cakap pon ada point

mcm yg dr ridhuan tee tulis dlm blog dia baru2 nih, yg buku Sun Tzu student2 strategic studies, general, politician, businessman bace dari kulit ke kulit siap kena hafal.

tapi pengajaran dari peperangan tentera Islam, rahsia dalam Al-Quran dan Sunnah tak diambil.

mungkin Kagat, atau sape2 strategis Islam boleh buat model/ doktrin berdasarkan Islam. lepas tu bg la kat negara OIC lain..hoho baru solidariti org kate. skang kat UPNM dah ada bdk2 amik strategic studies..dlm ATM pun ramai
Back to top Go down
http://www.malayneum-kudabesi.blogspot.com
rgt356
Corporal
Corporal
avatar

Posts : 222
Join date : 10/10/2009
Age : 26

PostSubject: Re: Pembaharuan dalam bidang ketenteraan semasa kerajaan abbasiyah   Wed Dec 30, 2009 2:43 am

tetapi kalau mmengikut mulut orang semenjak ditubuhkan Kor Agama Tentera (KAGAT)
penghayatan rohani tentera2 kita makin meningkat Very Happy
Back to top Go down
Akmal3110
Sergeant Major of the Army
Sergeant Major of the Army
avatar

Posts : 3101
Join date : 25/11/2009
Age : 27
Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo

PostSubject: Re: Pembaharuan dalam bidang ketenteraan semasa kerajaan abbasiyah   Wed Dec 30, 2009 6:57 am

@rgt356 wrote:
tetapi kalau mmengikut mulut orang semenjak ditubuhkan Kor Agama Tentera (KAGAT)
penghayatan rohani tentera2 kita makin meningkat Very Happy

Betul. Dulu senang-senang je kita boleh jumpa tin dan botol arak dalam berek atau mes. Sekarang rasanya dah susah nak jumpa. Ni semua hasil usaha keras KAGAT.
Back to top Go down
rgt356
Corporal
Corporal
avatar

Posts : 222
Join date : 10/10/2009
Age : 26

PostSubject: Re: Pembaharuan dalam bidang ketenteraan semasa kerajaan abbasiyah   Wed Dec 30, 2009 5:01 pm

@Akmal3110 wrote:
@rgt356 wrote:
tetapi kalau mmengikut mulut orang semenjak ditubuhkan Kor Agama Tentera (KAGAT)
penghayatan rohani tentera2 kita makin meningkat Very Happy

Betul. Dulu senang-senang je kita boleh jumpa tin dan botol arak dalam berek atau mes. Sekarang rasanya dah susah nak jumpa. Ni semua hasil usaha keras KAGAT.

apa pendapat komrad semua jika tentera kita (lebih2 lagi KAGAT) menggunakan pendekatan seperti tentera ikhwanul muslimin(x pasti betul atau tidak ejaan) dalam latihan ketenteraan
ingat mereka dalam masa hanya setahun mampu bangkit memerangi israel untuk mendapatkan kembali wilayah mereka yang telah dirampas Very Happy
Back to top Go down
mafiafran
Civilian
Civilian


Posts : 4
Join date : 30/08/2010
Age : 47

PostSubject: Re: Pembaharuan dalam bidang ketenteraan semasa kerajaan abbasiyah   Tue Aug 31, 2010 2:19 pm

Dulu masa kat sekolah yang tau pasal perang badar dan perang uhud je

____________

plus size lingerie
20W50 motorcycle oil
Back to top Go down
PakUde
Private
Private
avatar

Posts : 89
Join date : 26/08/2010
Age : 52
Location : Ampang

PostSubject: Re: Pembaharuan dalam bidang ketenteraan semasa kerajaan abbasiyah   Tue Aug 31, 2010 3:34 pm

-Ada sahabat yang menangis sebab nabi S.A.W tak bagi joint perang.Mak dia tak izinkan.bayangkan la kalau tak dapat joint perang boleh menangis.kita menangis sebab takutkan perang ada la kot.
-cam tu sekali kuatnya semangat para sahabat dulu.masing-masing nak sangat mati syahid.
-Tiap dua jari ada kesan luka perang kat tubuh Khalid al Walid.
-nak jadi askar salahudin tak boleh tinggal tahhajud
-tentera sultan muhammad 2 masa takluk constinaple tahfiz.Sultan muhammad 2 tu tak pernah tingal tahajjud sejak akhil baligh.
-sebab tu lah tentera islam dulu kuat.
-nabi S.A.W dalam hadis suruh kita belajar memanah.bergusti dan berenang.bukan sebab kesihatan saja tu...
-lagi satu kena ikut arahan ketua walau apa yang berlaku...senario kes perang uhud
-moral dengan disiplin tentera islam dulu tinggi sebab Islam tu sendiri
-dalam Al-Quran ayat keberapa aku lupa... ada dijelaskan dah banyak tentera yang sikit dapat kalahkan tentera yang ramai.Kekuatan dan modennya senjata bukan penentu kemenangan semata-mata.senario kes zaman moden-lojik soviet keluar dari afghan sebab tak mampu kalahkan Mujahiddin.Sampai Soviet tu runtuh la.

-sila la betulkan apa yang aku merapu ni-
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Pembaharuan dalam bidang ketenteraan semasa kerajaan abbasiyah   

Back to top Go down
 
Pembaharuan dalam bidang ketenteraan semasa kerajaan abbasiyah
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
FORUM PANGGILAN PERTIWI :: DISIPLIN, MORAL, MOTIVASI & KEROHANIAN-
Jump to: