FORUM PANGGILAN PERTIWI
STOP. HOME GUARD CHECK POINT.

Please Log In or Register first.
FORUM PANGGILAN PERTIWI

Forum KESELAMATAN::PENGUATKUASAAN::KETENTERAAN
 
HomeHome  RegisterRegister  Log in  

Share | 
 

 MISI & VISI PERTUBUHAN

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Laksamana Sunan
General
General


Posts : 2044
Join date : 13/09/2009
Age : 42
Location : Ipoh, Perak.

PostSubject: MISI & VISI PERTUBUHAN   Fri Jul 15, 2016 12:11 pm

MISI PERTUBUHAN

Menjadi sebuah organisasi badan bukan kerajaan yang mendokong aspirasi kerajaan iaitu Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) melalui pelbagai aplikasi aktiviti berorientasikan menyuntik kesedaran terhadap kepentingan keselamatan dan pertahanan negara dengan menggunakan internet sebagai medium.

VISI PERTUBUHAN


  • Melaksanakan aktiviti dan dokumentasi berkaitan sejarah perjuangan pahlawan Negara terdahulu samada yang terlibat secara langsung atau tidak sekaligus memartabatkan perjuangan mereka demi Negara


  • Mendokumentasikan pelbagai fakta penemuan menerusi aktiviti menjejaki semula lokasi bersejarah, temubual dan pengkajian serta menyebarkan fakta menerusi pelbagai sumber maklumat terutama aktiviti blogger di forum.


  • Melaksanakan aktiviti forum yang mengandungi fakta yang boleh dijadikan panduan dan rujukan umum.


  • Menjadi sebagai sebuah platform yang mendokong mana-mana agensi samada kerajaan atau swasta yang berorientasikan keselamatan.


  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti penerangan dan pameran berkaitan matlamat, perlaksanaan dan aktiviti agensi-agensi keselamatan untuk menarik minat pelbagai golongan menyertai agensi keselamatan dan memperjelaskan salah paham berkaitan agensi-agensi keselamatan.


  • Memupuk minat dan kefahaman terhadap undang-undang negara dan risiko keselamatan negara.


  • Kesediaan menyediakan sumber manusia sekiranya Negara berada dalam keadaan ancaman keselamatan, darurat dan bencana.



RINGKASAN PENUBUHAN

Idea mewujudkan sebuah portal yang berkonsepkan patriotik dan keselamatan mula terbit setelah menyedari kewujudan blog-blog pertahanan tempatan. Berasal dari sebuah laman forum internet, ia bertujuan untuk menjadi platform pertukaran pendapat dan perkongsian ilmu sesama pengunjung serta dapat bergerak seiring bersama entiti patriotik yang lain.
Dilancarkan pada 13 September 2009, forum mendapat pelbagai reaksi daripada pengunjung. Sebagai langkah menepati aspirasi, forum ini kini telah dijenamakan semula dengan perkataan ‘Panggilan Pertiwi’. Selaras dengan itu, laman web telah diwujudkan dengan memiliki domain sendiri iaitu http://panggilanpertiwi.my pada awal 2011. Ini adalah langkah peningkatan mutu dan upaya forum agar ia lebih kemas dan stabil, seiring dengan misi dan visi melalui pelbagai aktiviti. Kami berjaya menjadi sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) pada akhir 2012 dan diterima baik serta mendapat sokongan daripada pelbagai pihak.



PENAFIAN

Pertubuhan Panggilan Pertiwi Malaysia tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Pertahanan Malaysia. Pihak Moderator juga tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana pendapat yang dikeluarkan oleh mana-mana individu atau ahli forum yang secara terang melanggar undang-undang negara, samada berbentuk pembohongan, fitnah mahupun hasutan. Kajian dari pembaca serta forumer terhadap sesuatu isu terlebih dahulu adalah amat digalakkan.

_________________


"This nation will remain the land of the free
only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
 
MISI & VISI PERTUBUHAN
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
FORUM PANGGILAN PERTIWI :: PERTUBUHAN PANGGILAN PERTIWI MALAYSIA :: MENGENAI KAMI-
Jump to: