FORUM PANGGILAN PERTIWI
STOP. HOME GUARD CHECK POINT.

Please Log In or Register first.
FORUM PANGGILAN PERTIWI

Forum KESELAMATAN::PENGUATKUASAAN::KETENTERAAN
 
HomeHome  RegisterRegister  Log in  

Share | 
 

 Bukit Kepong ( Full Story )

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
mr. kurien
Warrant Officer
Warrant Officer


Posts : 5986
Join date : 20/12/2009
Age : 37
Location : in an office under the basement

PostSubject: Bukit Kepong ( Full Story )   Sun Dec 20, 2009 6:56 pm






















_________________
Back to top Go down
http://mrkurien.blogspot.com/
MR. STARK
Forum Administrator


Posts : 1798
Join date : 19/12/2008
Location : Tatooine

PostSubject: Re: Bukit Kepong ( Full Story )   Tue Feb 23, 2010 1:46 pm

nak tanya kepada mereka yang tahu :

1.dlm filem bukit kepong kat part 4 tu, ada anggota pengganas komunis yang beruniform hijau dan ada yg berbaju biru masa scene nk letupkan jambatan tu. ada beza ke ?

2. anggota keselamatan yang lintas kat jambatan x jadi meletup tu pasukan polis hutan (PPH) atau tentera?

_________________
"if you are not with me, then you are my enemy"

Back to top Go down
http://www.encikkacangtoys.blogspot.com
joewings
Command Sergeant Major
Command Sergeant Major


Posts : 1244
Join date : 28/12/2009
Age : 36
Location : Uniform-Tango-Hotel-Mike, Bravo Papa.

PostSubject: Re: Bukit Kepong ( Full Story )   Tue Feb 23, 2010 1:52 pm

Admin@encikkacang wrote:
nak tanya kepada mereka yang tahu :

1.dlm filem bukit kepong kat part 4 tu, ada anggota pengganas komunis yang beruniform hijau dan ada yg berbaju biru masa scene nk letupkan jambatan tu. ada beza ke ?

2. anggota keselamatan yang lintas kat jambatan x jadi meletup tu pasukan polis hutan (PPH) atau tentera?

SC...Special Constable atau PPHlaa.....
Back to top Go down
MR. STARK
Forum Administrator


Posts : 1798
Join date : 19/12/2008
Location : Tatooine

PostSubject: Re: Bukit Kepong ( Full Story )   Tue Feb 23, 2010 2:05 pm

@joewings wrote:
Admin@encikkacang wrote:
nak tanya kepada mereka yang tahu :

1.dlm filem bukit kepong kat part 4 tu, ada anggota pengganas komunis yang beruniform hijau dan ada yg berbaju biru masa scene nk letupkan jambatan tu. ada beza ke ?

2. anggota keselamatan yang lintas kat jambatan x jadi meletup tu pasukan polis hutan (PPH) atau tentera?

SC...Special Constable atau PPHlaa.....

owh yeker..sori la..aku tak tau.

_________________
"if you are not with me, then you are my enemy"

Back to top Go down
http://www.encikkacangtoys.blogspot.com
joewings
Command Sergeant Major
Command Sergeant Major


Posts : 1244
Join date : 28/12/2009
Age : 36
Location : Uniform-Tango-Hotel-Mike, Bravo Papa.

PostSubject: Re: Bukit Kepong ( Full Story )   Tue Feb 23, 2010 2:16 pm

Yang komunis tu MRLA-Min Yuen tak tak ingat akan singkatan dia tapi peranan mereka ialah dapatkan bekalan dari orang kampung.......

Uniform tu teringat kat askar kita era 60an sehingga akhir 70an (uniform rasmi sehingga tahun 1970an baru digantikan uniform Pattern 70, uniform ni kekal dalam term rekrut dan uniform TA sehingga tahun 1990an).....
Back to top Go down
CikguDale
Corporal
Corporal


Posts : 251
Join date : 27/02/2010
Age : 39
Location : Pedalaman 1

PostSubject: Re: Bukit Kepong ( Full Story )   Sat Feb 27, 2010 8:25 pm

Antara filem wajib tayang kalau saya buat wayang pacak kat sekolah terutama bila Bulan Kemerdekaan atau perkhemahan. yang paling menyayat hati yang part last..bila salah seorang anggota yang tercedera tanya anak lelakinya..dah besar nak jadi apa..anak dia jawab nak jadi polis..nak bunuh komunis (perbualan ini lebih kurang ja...) elok habis..tayang, buka lampu..aku tgk punya ramai anak murid menangis..tak kira laki ka perempuan..cikgu pun sama..(saya dah ready mental pun). Esoknya saya buat kuiz berdasarkan filem tersebut.
Back to top Go down
Akmal3110
Sergeant Major of the Army
Sergeant Major of the Army


Posts : 3101
Join date : 25/11/2009
Age : 27
Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo

PostSubject: Re: Bukit Kepong ( Full Story )   Sat Feb 27, 2010 8:34 pm

Terbaik la cikgu.
Back to top Go down
CikguDale
Corporal
Corporal


Posts : 251
Join date : 27/02/2010
Age : 39
Location : Pedalaman 1

PostSubject: Re: Bukit Kepong ( Full Story )   Sat Feb 27, 2010 8:41 pm

@Akmal3110 wrote:
Terbaik la cikgu.

hang pun nanti dah posting buat camtu..jangan dok tayang filem cintan ja...
Back to top Go down
Akmal3110
Sergeant Major of the Army
Sergeant Major of the Army


Posts : 3101
Join date : 25/11/2009
Age : 27
Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo

PostSubject: Re: Bukit Kepong ( Full Story )   Sat Feb 27, 2010 8:52 pm

Mustahil la nak tayang filem2 yang nyampah tuh. Hehehe... Cikgu, kat sini ramai jugak geng-geng cikgu nih. Ushar kat DMZ tuh.
Back to top Go down
penaceloreng
Private
Private


Posts : 85
Join date : 22/02/2010
Age : 50
Location : KL

PostSubject: Re: Bukit Kepong ( Full Story )   Sat Feb 27, 2010 10:40 pm

Saya pun tak ingat part tu tapi semasa pertempuran tu, bukan melibatkan polis biasa shj, ia juga melibatkan polis marin. Bersama ini saya sertakan catatan peristiwa tersebut yang diambil dari buku 'NEGARAKU MALAYSIA: DARI PERLIS HINGGA KE SABAH' garapan oleh Mohd Radzi Abd Hamid. Buku ini dijadikan buku teks bagi peserta-peserta kursus induksi Akadmik Audit Negara.

Peristiwa Bukit Kepong

Peristiwa Bukit Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa keadaan darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950. Dalam kejadian tersebut, para anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru. Dalam mempertahankan balai polis Bukit Kepong, 17 orang anggota telah terkorban.

Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya (berbangsa Cina)semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.

Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka seperti kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan dan keadaan balai polis yang terpencil.

Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis. Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.

Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ.


Serangan Komunis

Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang. Ia diketuai oleh Komisser Goh Peng Tun. Pihak komunis mengepong balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat duri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.

Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.

Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.

Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan baai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek pasangan kawin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.

14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.

Bantuan dari perkampungan berdekatan

Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema kebeberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Kampung Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police/Pengawal Kampung - Home Guard). Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari stesen pokis Bukit Kepung. Mereka kekurangan senjata berbanding komunis yang menggunakan senjata automatik berbanding raifal dan senapang patah yang dibekalkan kepada penduduk kampung. Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepung dan memaksa pengunduran umum komunis.

Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Ali Mustafa mengarah pengawalnya berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong. Pihak komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai. Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai kesana pada 10am dan ketika itu berita mengenai serangan keatas balai polis Bukit Kepong disampaikan.

Apabila pengawal kampung memasuki kampung Bukit Kepung, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut. Ketua kampung mengambil alih pentakbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapu mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis. Terdapat pendapat yang menyamai peristiwa Bukit Kepong dengan Alamo, di mana anggota polis Bukit Kepong sama seperti penduduk (Texans) berhadapan dengan cabaran yang hebat dan berjuang sehingga ketitisan darah terakhir.
Back to top Go down
http://penaceloreng.blogspot.com
Akmal3110
Sergeant Major of the Army
Sergeant Major of the Army


Posts : 3101
Join date : 25/11/2009
Age : 27
Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo

PostSubject: Re: Bukit Kepong ( Full Story )   Sat Feb 27, 2010 10:54 pm

@penaceloreng wrote:
Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.

Sten Gun atau Bren Gun?
Back to top Go down
kudabesi87
Sergeant Major of the Army
Sergeant Major of the Army


Posts : 1400
Join date : 03/10/2009
Age : 29
Location : Chenorbyl

PostSubject: Re: Bukit Kepong ( Full Story )   Sat Feb 27, 2010 11:12 pm

@joewings wrote:
Admin@encikkacang wrote:
nak tanya kepada mereka yang tahu :

1.dlm filem bukit kepong kat part 4 tu, ada anggota pengganas komunis yang beruniform hijau dan ada yg berbaju biru masa scene nk letupkan jambatan tu. ada beza ke ?

2. anggota keselamatan yang lintas kat jambatan x jadi meletup tu pasukan polis hutan (PPH) atau tentera?

SC...Special Constable atau PPHlaa.....

Jungle Squad..

SC akan pakai arm band
Back to top Go down
http://www.malayneum-kudabesi.blogspot.com
katon
Sergeant Major
Sergeant Major


Posts : 809
Join date : 05/10/2009
Age : 41
Location : puchong

PostSubject: Re: Bukit Kepong ( Full Story )   Sat Feb 27, 2010 11:56 pm

Tuan PENACELORENG...
Sudilah kiranya meng'list'kan senarai buku hasil karya tuan

THX
Back to top Go down
joewings
Command Sergeant Major
Command Sergeant Major


Posts : 1244
Join date : 28/12/2009
Age : 36
Location : Uniform-Tango-Hotel-Mike, Bravo Papa.

PostSubject: Re: Bukit Kepong ( Full Story )   Mon Mar 01, 2010 5:42 am

@kudabesi87 wrote:
@joewings wrote:
Admin@encikkacang wrote:
nak tanya kepada mereka yang tahu :

1.dlm filem bukit kepong kat part 4 tu, ada anggota pengganas komunis yang beruniform hijau dan ada yg berbaju biru masa scene nk letupkan jambatan tu. ada beza ke ?

2. anggota keselamatan yang lintas kat jambatan x jadi meletup tu pasukan polis hutan (PPH) atau tentera?

SC...Special Constable atau PPHlaa.....

Jungle Squad..

SC akan pakai arm band

Bukan uniformnya sama jugak ke?
Back to top Go down
MCKNIGHT
Civilian
Civilian


Posts : 28
Join date : 14/07/2010
Age : 24
Location : Shah Alam

PostSubject: Re: Bukit Kepong ( Full Story )   Sun Jul 18, 2010 3:48 pm

tapi kenapa filem ni jarang di tayangkan di tv masa bulan kemerdekaan???
Back to top Go down
kuk
Sergeant Major of the Army
Sergeant Major of the Army


Posts : 2938
Join date : 17/09/2009
Age : 39
Location : Kelantan

PostSubject: Re: Bukit Kepong ( Full Story )   Sun Jul 18, 2010 4:35 pm

Mungkin kerana nak jaga hati sesetengah pihak. Konon tak nak mau sejarah lama berulang kembali Evil or Very Mad
Back to top Go down
generalkiva
Sergeant Major of the Army
Sergeant Major of the Army


Posts : 1656
Join date : 30/04/2010
Age : 36
Location : Penang

PostSubject: Re: Bukit Kepong ( Full Story )   Fri Dec 31, 2010 6:01 pm

Bukit Kepong ( 1982 ) [ VCD Rip ]






Quote :

http://rapidshare.com/files/235535910/BKTKPNG_VCD_Rip_Aryzs_Properties.part01.rar
http://rapidshare.com/files/235535851/BKTKPNG_VCD_Rip_Aryzs_Properties.part02.rar
http://rapidshare.com/files/235541092/BKTKPNG_VCD_Rip_Aryzs_Properties.part03.rar
http://rapidshare.com/files/235542837/BKTKPNG_VCD_Rip_Aryzs_Properties.part04.rar
http://rapidshare.com/files/235578605/BKTKPNG_VCD_Rip_Aryzs_Properties.part05.rar
http://rapidshare.com/files/235579005/BKTKPNG_VCD_Rip_Aryzs_Properties.part06.rar
http://rapidshare.com/files/235585859/BKTKPNG_VCD_Rip_Aryzs_Properties.part07.rar
http://rapidshare.com/files/235587222/BKTKPNG_VCD_Rip_Aryzs_Properties.part08.rar
http://rapidshare.com/files/235626865/BKTKPNG_VCD_Rip_Aryzs_Properties.part09.rar

Kredit to : rapidsharefilemmelayuretro
Back to top Go down
mcwood
Sergeant Major
Sergeant Major


Posts : 1033
Join date : 22/12/2009
Age : 56

PostSubject: Re: Bukit Kepong ( Full Story )   Mon Feb 21, 2011 10:39 am


Back to top Go down
msy_300177
Sergeant Major
Sergeant Major


Posts : 1041
Join date : 21/08/2010
Age : 39
Location : Kuantan

PostSubject: Re: Bukit Kepong ( Full Story )   Mon Feb 21, 2011 11:06 am

@joewings wrote:
Admin@encikkacang wrote:
nak tanya kepada mereka yang tahu :

1.dlm filem bukit kepong kat part 4 tu, ada anggota pengganas komunis yang beruniform hijau dan ada yg berbaju biru masa scene nk letupkan jambatan tu. ada beza ke ?

2. anggota keselamatan yang lintas kat jambatan x jadi meletup tu pasukan polis hutan (PPH) atau tentera?

SC...Special Constable atau PPHlaa.....

Special Constable lebih berperanan menjaga estet. lebih kurang Polis Bantuan Syarikat walaupun zaman tu ada AP (Auxiliary police) yang menjaga kampong. Yang itu dipaparkan adalah jungle Squad yang sebenar2nya Polis Hutan
Back to top Go down
msy_300177
Sergeant Major
Sergeant Major


Posts : 1041
Join date : 21/08/2010
Age : 39
Location : Kuantan

PostSubject: Re: Bukit Kepong ( Full Story )   Mon Feb 21, 2011 11:08 am

@MR. STARK wrote:
nak tanya kepada mereka yang tahu :

1.dlm filem bukit kepong kat part 4 tu, ada anggota pengganas komunis yang beruniform hijau dan ada yg berbaju biru masa scene nk letupkan jambatan tu. ada beza ke ?

2. anggota keselamatan yang lintas kat jambatan x jadi meletup tu pasukan polis hutan (PPH) atau tentera?

1. baju depa ikut dan je. Mereka tetap bandit juga. Baru le nampak bandit... baju caca marba
Back to top Go down
HelangRimba
Sergeant Major of the Army
Sergeant Major of the Army


Posts : 2817
Join date : 30/04/2010
Age : 33
Location : Cheras, Kuala Lumpur

PostSubject: Re: Bukit Kepong ( Full Story )   Mon Feb 21, 2011 11:09 am

xsilap yang 2 adalah jungle squad.
Back to top Go down
http://bertiwi.blogspot.com
msy_300177
Sergeant Major
Sergeant Major


Posts : 1041
Join date : 21/08/2010
Age : 39
Location : Kuantan

PostSubject: Re: Bukit Kepong ( Full Story )   Mon Feb 21, 2011 11:20 am

@kudabesi87 wrote:
@joewings wrote:
Admin@encikkacang wrote:
nak tanya kepada mereka yang tahu :

1.dlm filem bukit kepong kat part 4 tu, ada anggota pengganas komunis yang beruniform hijau dan ada yg berbaju biru masa scene nk letupkan jambatan tu. ada beza ke ?

2. anggota keselamatan yang lintas kat jambatan x jadi meletup tu pasukan polis hutan (PPH) atau tentera?

SC...Special Constable atau PPHlaa.....

Jungle Squad..

SC akan pakai arm band

AP akan pakai armband (Toha)

SC pakai uniform juga sperti JS
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Bukit Kepong ( Full Story )   Today at 11:51 am

Back to top Go down
 
Bukit Kepong ( Full Story )
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
FORUM PANGGILAN PERTIWI :: FILEM MILITARI-
Jump to: