FORUM PANGGILAN PERTIWI
STOP. HOME GUARD CHECK POINT.

Please Log In or Register first.
FORUM PANGGILAN PERTIWI

Forum KESELAMATAN::PENGUATKUASAAN::KETENTERAAN
 
HomeHome  RegisterRegister  Log in  

Share | 
 

 Filem Israel (Anti Perang)

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
HangPC2
Sergeant First Class
Sergeant First Class


Posts : 582
Join date : 16/02/2010
Age : 34
Location : Langkasuka

PostSubject: Filem Israel (Anti Perang)   Sun Feb 28, 2010 1:59 pm

Beaufort








PEMIMPIN agung Hezbullah, Sayyid Hassan Nasrallah pernah mengatakan yang regim Zionis lebih lemah dari sarang labah-labah. Benar, di Gaza beberapa minggu lepas kita melihat Zionis mengganas dengan begitu rakus sekali. Mungkin Hamas dan Jihad Islami belum dapat menyelami kekuatan sebenar Hezbullah. Kerana dalam Beaufort, Israel bukan berdepan dengan orang awam yang kontang spiritual. Tidak, tidak di Selatan Lubnan tentera Israel berdepan dengan tentera Husein. Zionis bukan sahaja takut, gerun, menggeletar dengan nama Hezbullah, tetapi kata-kata bahawa lemah dari sarang labah-labah itu ternyata amat benar.

Jika filem ini, Beaufort, adalah bikinan Hezbullah yang diproduksikan oleh TV al-Manar kita tentu merasakan ia tidak lebih dari satu propaganda perang. Namun, filem Beaufort dihasilkan oleh pengarah filem Israel, Josep Cedar. Dan temanya menumpukan perhatian kepada sikap, kebimbangan, kerapuhan dan kekerdilan IDF (tentera Israel) dalam mempertahankan kubu paling akhir di Selatan Lubnan yang dijoloki dengan nama, Beaufort

Selama dua dekad Israel menjajah Selatan Lubnan. Pencerobohan Israel ke atas Lubnan dalam bulan Jun tahun 1982 telah mendapat perhatian Republik Islam Iran yang menghantar bantuan dalam bentuk ketenteraan. Sebuah organisasi dibentuk. Nasrallah meninggalkan Pertubuhan Amal Islami dan bersama-sama dengan gurunya Abbas Musawi membawa sama ramai pengikut. Organisasi baru ini mulai membaja gerakan gerila menentang kehadiran askar Zionis di Lubnan. Pada 16 Februari tahun 1985, sempena majlis memperingati syahidnya Sheikh Raghib Harb di Husainiyyah di al-Shayyah, Hezbullah dengan rasminya wujud dan mulai mengisytiharkan jihad menentang pendudukan Zionis di bumi Lubnan. Motto Hezbullah ternyata memikat sejak awal iaitu menjadi umat yang menghubungkan dan menyatukan Muslim di seluruh dunia. Nasrallah malah diangkat menjadi salah seorang komander militari Hezbullah. Memang, filem ini bukan mengenai Nasrallah, tetapi secara tidak langsung ia adalah mengenai kejayaan dan kehebatan beliau.

Beaufort adalah kubu di puncak gunung dengan pelbagai mitos. Ia juga menjadi simbol kemenangan yang penting zaman berzaman. Sebahagian besar plot filem bergerak lembab dengan latar malam. Malah hari siang Beaufort juga diketengahkan dalam kubu yang gelap, kusam, dengan iringan muzik halus yang tegang.

Jika bukan mengenai Hezbullah, Beaufort mengenai apa? Filem ini mengenai sekumpulan tentera zionis yang berkemahiran, tetapi masih muda, tidak matang dan kecut zakar berdepan dengan hujan peluru katyusha Hezbullah. Bahkan hujan peluru itu tidak berhenti sehingga ke saat akhir pasukan tentera tersebut berundur ke batas Israel, menandakan kekalahan Israel kepada Hezbullah. Moral tentera-tentera muda ini runtuh oleh pemergian seorang demi seorang kawan mereka (untuk berundur) dan kematian demi kematian sehingga tujuan peperangan mulai dipertikaikan secara senyap.

Dengan latar tahun 2000 di mana secara unilateral Israel berundur, Beaufort menyorot Dunia kecilnya IDF dari kaca mata Liraz Liberti, seorang outpost commander yang baru berusia 22 tahun. Beaufort cuba melihat kesan kegagalan zionisme dan dasar apartheid Israel dengan dialog-dialog serta wacana yang disulami nada jengkel, kerusuhan hati, kelucuan, dan sedikit pandangan politik. Lebih menarik, Beaufort bukanlah kisah mengenai perang itu sendiri tetapi ialah kisah mengenai kekalahan IDF di tangan Hezbullah.

Antagonis filem iaitu tentera Hezbullah tidak diperlihatkan dan yang ada hanyalah debur peluru berpandu serta serbuan roket yang menakutkan. Liraz yang dilakonkan dengan baik sekali oleh Oshri Cohen melihat seorang demi seorang teman askarnya terbunuh di tangan musuh yang tidak dikenalinya malah tidak kelihatan. Mereka menentang musuh yang tidak diketahui. Itu menjadikan filem ini lebih menakutkan. Untuk itu, filem ini berjaya membina unsur suspen yang luar biasa, sehinggalah ke saat perintah untuk meletupkan kubu tersebut supaya ia tidak dapat digunakan lagi oleh Hezbullah.






Dari sisi lain, filem ini menunjukkan sisi psikologi perang musuh umat Islam, sebuah filem yang memperakukan kesilapan menakluk Selatan Lubnan sehingga Joseph Cedar pengarahya dinobatkan setaraf dengan pengarah filem Amerika, Oliver Stone (yang berani mengakui kesilapan Amerika di Vietnam) dalam filemnya seperti Platoon dan Born on The Fourth of July.

Di sebalik bacaan Ayat-ayat suci dari Taurat, filem ini dapat mengenengahkan ketakutan luar biasa tentera Israel setelah musim berganti musim terutama ketika mereka perlu menjaga pos kawalan yang paling genting. Ia mengesahkan kata-kata Sayyid Hassan Nasrallah bahawa zionis lebih lemah dari sarang labah-labah.

Filem ini meraih Silver Berlin Bear di Pesta Filem Berlin pada tahun 2007, dan merupakan calon oskar bagi kategori Filem Asing Terbaik pada tahun 2008. Ia ditayangkan setelah Israel sekali lagi kalah di tangan Hezbullah pada tahun 2006 dalam perang 33 hari. Kekuatan filem ini selain wacana mengenai kebodohan Israel ialah kelebihan sinematografi Ofer Inov yang bijak memainkan sudut dan cahaya dalam terowong kubu dan puncak gunung yang amat suram serta selalunya diselubungi kelam malam. Filem ini dirakam di Istana Nimrud, Bukit Golan (wilayah Syria yang masih ditakluk Israel).






Sayyid Hassan Nasrallah ternyata arkitek sebenar yang membolehkan Hezbullah mengusir Israel dari Lubnan. Nasrallah misalnya telah meningkatkan perang psikologi terhadap zionis. Nasrallah mengarahkan anggota Hezbullah yang terpilih misalnya mempelajari bahasa Hebrew. Dengan penuh hati-hati Nasrallah mengumumkan yang perang Hezbullah terhadap Israel tidak berakhir semata-mata kerana pengunduran zionis dari selatan Lubnan. Hassan Nasrallah sering mengingatkan tanggungjawab umat Islam untuk membebaskan Palestina. Dalam tahun 1996, sebagai contoh, stesen televisyen Hezbullah, al-Manar dan stesen radio al-Nur memulakan siaran bahasa Hebrew. Sedikit sebanyak masyarakat Israel terpengaruh dengan perang propaganda Hezbullah, pandangan umum rakyat Israel lebih cenderung supaya kerajaan haram Israel berundur dari selatan Lubnan. Kejayaan strategi psikologi perang oleh Nasrallah ini dipaparkan ketika Liraz dan kawan-kawannya menonton siaran berita Israel yang melaporkan kematian teman mereka di Beaufort.

Pada bulan Mei 1999, Ehud Barak dilantik sebagai Perdana Menteri di atas platform kempen untuk menarik keluar tentera Israel dari selatan Lubnan. Dan pada Februari 2009 nanti, sekali lagi Ehud Barak menggunakan tentera IDF untuk meraih dokongan rakyat Israel bagi memenangi pilihanraya dengan cara mengganyang Gaza sepanjang Januari 2009.

Filem ini mesti ditonton oleh mujahidin yang berhasrat melawan zionisme. Kerana ia bukan sebuah filem mensyarahkan apa kekuatan yang perlu umat Islam ada, tetapi adalah sebuah filem yang memaparkan mengenai kelemahan zionis, sangat dhaeif, lebih lemah dari sarang labah-labah.

Lebih hebat, kelemahan ini diakui sendiri oleh Israel, menerusi Beaufort.



Siasah: 25-31 Januari 09


Sources : http://tehranifaisal.blogspot.com/









http://www.youtube.com/watch?v=cXr7BRN_omI
Back to top Go down
 
Filem Israel (Anti Perang)
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
FORUM PANGGILAN PERTIWI :: FILEM MILITARI-
Jump to: