FORUM PANGGILAN PERTIWI
STOP. HOME GUARD CHECK POINT.

Please Log In or Register first.
FORUM PANGGILAN PERTIWI

Forum KESELAMATAN::PENGUATKUASAAN::KETENTERAAN
 
HomeHome  RegisterRegister  Log in  

Share | 
 

 Bravo Lima

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2, 3, 4, 5, 6  Next
AuthorMessage
HangPC2
Sergeant First Class
Sergeant First Class


Posts : 582
Join date : 16/02/2010
Age : 34
Location : Langkasuka

PostSubject: Bravo Lima   Mon Mar 15, 2010 10:34 am

Bravo Lima bukan sekadar filem


Oleh Rozdan Mazalan
rozdan@bharian.com.my
2010/03/15



Usaha untuk dokumentasi perjuangan anggota tentera

KALI terakhir filem yang mengangkat kisah angkatan tentera pada tahun 2000 iaitu Leftenan Adnan arahan Aziz M Osman, pahlawan Melayu yang bermati-matian mengekang kemaraan tentera Jepun pada era Perang Dunia Kedua.

Manakala filem Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Shamsudin pada tahun 1981 pula memaparkan keberanian pasukan polis mempertahankan balai mereka daripada ditawan komunis ketika zaman darurat. Menyedari sudah lama tidak ada lagi filem seumpamanya dihasilkan, Karya Prima Production Sdn Bhd dengan sokongan padu daripada Kementerian Pertahanan dan Tentera Darat Malaysia menerbitkan berlatar belakang kehidupan sebenar insan yang menjadi benteng keselamatan negara berjudul Bravo Lima.

Filem itu diarahkan oleh Fauzi Nawawi. Antara barisan pelakon yang membintangi filem Bravo Lima itu nanti ialah Hattan, Fizz Fairuz, Zul Huzaimi, Shashi Tharam, Adam Corrie, Frenkey, Fran Peterson, Kamal Adli dan Lisdawati serta Azee Yahaya.

Memahami filem ini memerlukan stamina yang tinggi kerana bakal melakukan aksi lasak dan pantas, lima pelakon diarahkan menjalani latihan intensif sebagai mana latihan sebenar komando selama dua minggu di Kem Sungai Udang, Melaka.

Ia sebagai langkah persediaan awal sebelum menjalani penggambaran filem ketenteraan Bravo Lima. Selepas itu, filem ini akan mula menjalani penggambaran bermula pada 10 April di Melaka, Tapah, Perak dan Mersing, Johor.
Pengerusi Eksekutif, Karya Prima Production, Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor berkata, penerbitan Bravo Lima bukan sekadar filem semata-mata tetapi ia juga adalah usaha untuk mendokumentasikan kisah perjuangan anggota tentera dalam menentang pengganas komunis yang jarang mendapat perhatian penerbit filem tempatan.

Tidak ramai yang menyedari pengorbanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berjuang selama ini menentang komunis semata untuk mencapai kemerdekaan negara. Penerbitan filem ini juga menjadi cabaran kepada kami untuk menunjukkan bukti latar belakang sejarah negara ke layar perak.

Sebagai langkah awal, lima pelakon utama yang memegang watak sebagai komando akan diberi latihan intensif sebagai komando untuk menguji ketahanan mental dan fizikal sebelum penggambaran sebenar berjalan.

Namun latihan yang diberikan itu bukanlah latihan yang 100 peratus seperti komando sebenar tetapi asas utama saja. Sebagai pelakon mereka mempunyai tanggungjawab untuk menggambarkan keadaan sebenar sejarah untuk mencapai kemerdekaan, katanya pada sidang media pelancaran filem Bravo Lima.


120 anggota tentera terbabit


Sementara itu, Fauzi berkata, kekuatan filem Bravo Lima bergantung kepada gabungan pelakon dan aksi daripada 12 pelakon lagak ngeri yang di bawa daripada Singapura dan China.

Ini adalah filem pertama arahan saya dan memang sangat teruja untuk membawa filem ini bertaraf antarabangsa. Sebanyak 65 hingga 70 peratus adalah aksi yang akan menggunakan khidmat 120 anggota tentera dari ATM sendiri untuk menjayakan filem ini.

Selain itu elemen dramatik, percintaan, kasih sayang, komedi, pengorbanan tidak lari diselitkan di dalamnya.

Kita juga akan memaparkan pelbagai senjata tentera yang tidak pernah ditunjukkan yang sebelum ini pernah menjadi rahsia kerajaan kerana keselamatan negara. Namun kini kerajaan sudah meluluskan dan kita boleh menunjukkan senjata itu di dalam filem ini.

Kita turut mendapat khidmat nasihat dan panduan sepenuhnya daripada ATM untuk menggunakan apa saja jenis kenderaan tentera untuk merealisasikan filem ini demi mencapai setaraf Hollywood, katanya yang akan menggunakan berpuluh kenderaan tentera termasuk sebuah kereta api yang akan diletupkan.

Penulis skripnya Bravo Lima, Mejar Zainal Hayat berkata, sebelum dibawa ke lokasi untuk memulakan penggambaran, skrip ini sudah dirombak sebanyak 26 kali bagi mendapatkan kualiti dan keaslian cerita yang ingin disampaikan.
Saya mengambil masa agak lama untuk menyiapkan skrip ini. Draf pertama saja mengambil masa tiga minggu untuk disiapkan iaitu sejak Jun 2007.

Draf ini kemudiannya diserahkan kepada Finas untuk mendapatkan pandangan dan beberapa cadangan. Saya juga mendapatkan khidmat nasihat daripada sahabat saya dari Hollywood dan struktur penceritaannya tidak jauh daripada filem terbitan Hollywood.

Kami juga berbangga apabila penerbitan filem ini mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada ATM, Finas dan sebagainya bagi memperbanyakkan lagi filem berunsur kenegaraan diterbitkan, katanya.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM4.5 juta termasuk kos promosi dan penjelajahan ke seluruh negara turut melancarkan sekali soundtrack Bravo Lima yang akan dinyanyikan oleh Hattan dan komposernya Edry Hasyim


- Berita Harian -



Back to top Go down
ggk
Sergeant Major of the Army
Sergeant Major of the Army


Posts : 2053
Join date : 22/12/2009
Age : 37

PostSubject: Re: Bravo Lima   Mon Mar 15, 2010 10:45 am

bila launch?
Back to top Go down
http://malaysiamilitarypower.blogspot.com/
nasiru
Master Sergeant
Master Sergeant


Posts : 690
Join date : 11/01/2010
Age : 30

PostSubject: Re: Bravo Lima   Mon Mar 15, 2010 12:50 pm

Quote :
Selain itu elemen dramatik, percintaan, kasih sayang, komedi, pengorbanan tidak lari diselitkan di dalamnya
Harap2 tak berlebih2 dah la yang diboldkan tu...
Back to top Go down
PuteraDarulTakzim
Corporal
Corporal


Posts : 232
Join date : 11/03/2010
Age : 36

PostSubject: Re: Bravo Lima   Mon Mar 15, 2010 1:35 pm

aiseh...mcm tak confident la bila si fauzi nawawi yg arahkan genre mcm ni(melibatkan watak komando lak tu)...suruh dia refer RTM la dlm drama Harimau Rimba... Rolling Eyes
Back to top Go down
anaklan
Corporal
Corporal


Posts : 258
Join date : 15/03/2010
Age : 26

PostSubject: Re: Bravo Lima   Mon Mar 15, 2010 3:00 pm

hrp2 filemnye x skema...
Back to top Go down
ggk
Sergeant Major of the Army
Sergeant Major of the Army


Posts : 2053
Join date : 22/12/2009
Age : 37

PostSubject: Re: Bravo Lima   Mon Mar 15, 2010 3:31 pm

apa filem lain fauzi nawawi ni arahkan?
Back to top Go down
http://malaysiamilitarypower.blogspot.com/
totttis
Sergeant Major of the Army
Sergeant Major of the Army


Posts : 2393
Join date : 17/12/2009
Age : 42
Location : Lepak-Lepak Bersama Sang Saka Biru iaitu Encik Kucing

PostSubject: Re: Bravo Lima   Mon Mar 15, 2010 4:40 pm

untung la pelakon walaupun dapat training asas komando...teringin aku...
Back to top Go down
PuteraDarulTakzim
Corporal
Corporal


Posts : 232
Join date : 11/03/2010
Age : 36

PostSubject: Re: Bravo Lima   Mon Mar 15, 2010 4:43 pm

@ggk wrote:
apa filem lain fauzi nawawi ni arahkan?

ada ker?rasanyer takder...drama mungkin ada....
Back to top Go down
ggk
Sergeant Major of the Army
Sergeant Major of the Army


Posts : 2053
Join date : 22/12/2009
Age : 37

PostSubject: Re: Bravo Lima   Mon Mar 15, 2010 7:52 pm

cerita apa ek?
Back to top Go down
http://malaysiamilitarypower.blogspot.com/
PuteraDarulTakzim
Corporal
Corporal


Posts : 232
Join date : 11/03/2010
Age : 36

PostSubject: Re: Bravo Lima   Mon Mar 15, 2010 8:25 pm

@ggk wrote:
cerita apa ek?

dia kata ni first filem arahannya...bkn nak memperlekehknnya....tapi takut gak la usaha Mejar Zainal Hayat tu tak berbaloi....siap skrip dirombak sebanyak 26 nak bagi ikut cerita sebenra...klu pengarah&pelakon xleh hasilkan yg terbaik tak tahu la nak cakap apa...bandingkan je la nanti dgn Leftenan Adnan...wlupun berbeza era... Neutral
Back to top Go down
kudabesi87
Sergeant Major of the Army
Sergeant Major of the Army


Posts : 1400
Join date : 03/10/2009
Age : 29
Location : Chenorbyl

PostSubject: Re: Bravo Lima   Mon Mar 15, 2010 8:30 pm

Fauzi ke?

aiyark...boleh bagi vote of no confidence ke?
Back to top Go down
http://www.malayneum-kudabesi.blogspot.com
PuteraDarulTakzim
Corporal
Corporal


Posts : 232
Join date : 11/03/2010
Age : 36

PostSubject: Re: Bravo Lima   Mon Mar 15, 2010 8:38 pm

@kudabesi87 wrote:
Fauzi ke?

aiyark...boleh bagi vote of no confidence ke?

yup...boleh tahan mahal ni filem...nak wat mcm hollywood katanyer...jgn standard bollywood pon tak sampai sudah ler...heuheuheue Laughing
Back to top Go down
kudabesi87
Sergeant Major of the Army
Sergeant Major of the Army


Posts : 1400
Join date : 03/10/2009
Age : 29
Location : Chenorbyl

PostSubject: Re: Bravo Lima   Mon Mar 15, 2010 8:44 pm

greenwood la..kui2

nak eksperimental ape citer perang..hollywood pun tak berani haha

citer action dorang pun pengarah lebih kurang jer
Back to top Go down
http://www.malayneum-kudabesi.blogspot.com
Reza Su-30MKM
Staff Sergeant
Staff Sergeant


Posts : 468
Join date : 01/02/2010
Age : 40
Location : Selatan Malaysia

PostSubject: Re: Bravo Lima   Mon Mar 15, 2010 10:39 pm

Penulis skrip tu tak salah aku penah gak berlakon dlm drama Insurgensi..dia pegang watak berpangkat Koperal
Back to top Go down
Akmal3110
Sergeant Major of the Army
Sergeant Major of the Army


Posts : 3101
Join date : 25/11/2009
Age : 27
Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo

PostSubject: Re: Bravo Lima   Mon Mar 15, 2010 10:45 pm

@HangPC2 wrote:
Kita juga akan memaparkan pelbagai senjata tentera yang tidak pernah ditunjukkan yang sebelum ini pernah menjadi rahsia kerajaan kerana keselamatan negara. Namun kini kerajaan sudah meluluskan dan kita boleh menunjukkan senjata itu di dalam filem ini.

Senjata rahsia?
Back to top Go down
kudabesi87
Sergeant Major of the Army
Sergeant Major of the Army


Posts : 1400
Join date : 03/10/2009
Age : 29
Location : Chenorbyl

PostSubject: Re: Bravo Lima   Mon Mar 15, 2010 10:52 pm

senjata rahsia negara?

pergi blog ggk..macam2 ada Razz
Back to top Go down
http://www.malayneum-kudabesi.blogspot.com
Akmal3110
Sergeant Major of the Army
Sergeant Major of the Army


Posts : 3101
Join date : 25/11/2009
Age : 27
Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo

PostSubject: Re: Bravo Lima   Mon Mar 15, 2010 11:12 pm

@kudabesi87 wrote:
senjata rahsia negara?

pergi blog ggk..macam2 ada Razz

Hehehe... Yang tu bukan rahsia dah.
Back to top Go down
kudabesi87
Sergeant Major of the Army
Sergeant Major of the Army


Posts : 1400
Join date : 03/10/2009
Age : 29
Location : Chenorbyl

PostSubject: Re: Bravo Lima   Mon Mar 15, 2010 11:49 pm



kui2..nih leh masuk casting bravo lima

credit to blog http://malaysiamilitarypower.blogspot.com/ n ggk


Last edited by kudabesi87 on Mon Mar 15, 2010 11:52 pm; edited 1 time in total (Reason for editing : credit added to tuan blog)
Back to top Go down
http://www.malayneum-kudabesi.blogspot.com
mohdashraf5b
Civilian
Civilian


Posts : 45
Join date : 16/03/2010
Age : 2015

PostSubject: Re: Bravo Lima   Wed Mar 17, 2010 11:28 pm

tak sabar aku Mad
Back to top Go down
mr. kurien
Warrant Officer
Warrant Officer


Posts : 5986
Join date : 20/12/2009
Age : 37
Location : in an office under the basement

PostSubject: Re: Bravo Lima   Wed Mar 17, 2010 11:58 pm

harap2 jangan ada banyak sangat adegan2 cintan cintun dalam filem ni.

_________________
Back to top Go down
http://mrkurien.blogspot.com/
mohdashraf5b
Civilian
Civilian


Posts : 45
Join date : 16/03/2010
Age : 2015

PostSubject: Re: Bravo Lima   Fri Mar 19, 2010 11:19 am

betul tu mr.kurien
Back to top Go down
HangPC2
Sergeant First Class
Sergeant First Class


Posts : 582
Join date : 16/02/2010
Age : 34
Location : Langkasuka

PostSubject: Re: Bravo Lima   Wed Mar 24, 2010 11:10 am

aku terasa macam ada cintan cintun....
Back to top Go down
MR. STARK
Forum Administrator


Posts : 1798
Join date : 19/12/2008
Location : Tatooine

PostSubject: Re: Bravo Lima   Wed Mar 24, 2010 11:23 am

mana la tau bila filem ni siap nanti ..wakil2 dari forum PP dijemput untuk pra-tonton...kan best kalau mcm tu..hehe

_________________
"if you are not with me, then you are my enemy"

Back to top Go down
http://www.encikkacangtoys.blogspot.com
sunlay
First Sergeant
First Sergeant


Posts : 711
Join date : 22/12/2009
Age : 42
Location : jugra

PostSubject: Re: Bravo Lima   Wed Mar 24, 2010 11:24 am

@HangPC2 wrote:
aku terasa macam ada cintan cintun....

standard felem malaya mesti ade cintan mee..... yusuf kelana buat drama siri polis hutan sebelum ni lg bagus....
Back to top Go down
afiq flanker
Sergeant Major of the Army
Sergeant Major of the Army


Posts : 3371
Join date : 09/11/2009
Age : 28
Location : atas udara

PostSubject: Re: Bravo Lima   Wed Mar 24, 2010 11:32 am

Admin@encikkacang wrote:
mana la tau bila filem ni siap nanti ..wakil2 dari forum PP dijemput untuk pra-tonton...kan best kalau mcm tu..hehe

fuh..kalo betul memang terbaik la..jom sama2 naikkan nama forum dimata rakyat malaysia... cheers
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Bravo Lima   Today at 4:35 am

Back to top Go down
 
Bravo Lima
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 6Go to page : 1, 2, 3, 4, 5, 6  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
FORUM PANGGILAN PERTIWI :: FILEM MILITARI-
Jump to: