FORUM PANGGILAN PERTIWI
STOP. HOME GUARD CHECK POINT.

Please Log In or Register first.
FORUM PANGGILAN PERTIWI

Forum KESELAMATAN::PENGUATKUASAAN::KETENTERAAN
 
HomeHome  RegisterRegister  Log in  

Share | 
 

 Pelbagai lagu Perang

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3  Next
AuthorMessage
von
Command Sergeant Major
Command Sergeant Major


Posts : 1341
Join date : 20/02/2010
Age : 50
Location : car junk

PostSubject: Re: Pelbagai lagu Perang    Fri May 14, 2010 7:04 pm


Luftwaffe Marsch - March Tentera Udara Nazi Jerman...
Perhatikan lambang eagle jerman masa mula2 video nak start tu.. Berbeza dgn eagle Das Heer(Army) dan
Kriegsmarine(Navy)...kepak ada senget skit...dan bagi yg pakai cap cam polis tu kiri dan kanan dedaun tu ada smacam sayap dan ini membezakan sikit dari cap army dan navy Wehrmacht ini. Tentang lagu ni...
aku tak berapa pasti yg ini lagu Luftwaffe. Tapi kalau dlm filem Battle of Britain lagu yg kat atas tu dikatakan
sebagai Luftwaffe Marsch...apa pun bagi aku irama nya mmg sedap dan semangat...yeh yeh
Back to top Go down
von
Command Sergeant Major
Command Sergeant Major


Posts : 1341
Join date : 20/02/2010
Age : 50
Location : car junk

PostSubject: Re: Pelbagai lagu Perang    Sun May 16, 2010 3:25 pm



Danny Boy - Itulah tajuk bagi lagu kat atas tu. band Glenn Miller yg dendangkan tu semasa USO tour
kat England dan Perancis masa WWII dulu. Video tu pulak dari filem Memphis Belle iaitu kisah sebuah
US Bomber B-17 Flying Fortress nicknamed memphis Belle. Kalo tak silap aku setiap sebuah bomber berserta crew perlu menamatkan sbanyak 25 misi saebelum pulang ke US dan Memphis Belle adalah yg pertama berbuat demikian. Misinya selama 10 bulan dari 7 nov 1942 hingga 17 may 1943. lagu ni pulak asalnya dari Irish folk song mengisahkan anak dan bapa..anak pergi perang dan sibapa merindui anaknya dan lagu ni mmg kena la dgn troops yg berjauhan dgn keluarga masa WWII dulu....
Back to top Go down
gunnerz
PERKHIDMATAN AM
PERKHIDMATAN AM


Posts : 867
Join date : 29/03/2010
Age : 35

PostSubject: Re: Pelbagai lagu Perang    Sun May 16, 2010 3:33 pm

cayalah bro von....terbaaiiikkkk.... cheers
Back to top Go down
von
Command Sergeant Major
Command Sergeant Major


Posts : 1341
Join date : 20/02/2010
Age : 50
Location : car junk

PostSubject: Re: Pelbagai lagu Perang    Sun May 16, 2010 11:10 pm



Sakura - At last ada jugak lagu jepun....maknanya aku tak berapa clearlah mungkin cherry blossom.
Ni bukan lagu nak pergi perang tapi lagu melepaskan kerinduan soldadu2 jepang kpd keluarga mereka dan
begitulah sebaliknya. Cuba bayangkan sekumpulan askar Jepun time mlm2 sewaktu nak tidur tiba2 ada sorang rakan mereka menyanyikan lagu ni dgn penuh syahdu...mau mengalir airmata jantan teringat
anak, isteri, emak, bapak dan kekasih (padahal siang tadi baru je bg pelempang kat si Bakar suruh panjat pokok kelapa)...malam2 menangis.....Lagu ni khabarnya dah ada masa zaman Meiji dullu.
Back to top Go down
von
Command Sergeant Major
Command Sergeant Major


Posts : 1341
Join date : 20/02/2010
Age : 50
Location : car junk

PostSubject: Re: Pelbagai lagu Perang    Sun May 16, 2010 11:17 pm

@gunnerz wrote:
cayalah bro von....terbaaiiikkkk.... cheers

Tq, tq bro gunnerz...apa2 pun untuk kita jua..
dan satu lagii...di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk.........
wufi dah ada ketakebal jerman, TK baru sembur flme thrower dgn trak 8 tayar dia..
mejar dah bg tips pasai cat dan material penunu bunsennya....aaa lupa pulak pasal
tiger yg kiut miut tu...fulamak....best wa cakap lu gunnerz....bukak la sekotak... Evil or Very Mad Evil or Very Mad


hahahaha...kat sini pun kena bakar...hahaha sakit perut aku gelak!!!! bounce bounce
Back to top Go down
gunnerz
PERKHIDMATAN AM
PERKHIDMATAN AM


Posts : 867
Join date : 29/03/2010
Age : 35

PostSubject: Re: Pelbagai lagu Perang    Mon May 17, 2010 2:37 am

@von wrote:
@gunnerz wrote:
cayalah bro von....terbaaiiikkkk.... cheers

Tq, tq bro gunnerz...apa2 pun untuk kita jua..
dan satu lagii...di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk.........
wufi dah ada ketakebal jerman, TK baru sembur flme thrower dgn trak 8 tayar dia..
mejar dah bg tips pasai cat dan material penunu bunsennya....aaa lupa pulak pasal
tiger yg kiut miut tu...fulamak....best wa cakap lu gunnerz....bukak la sekotak... Evil or Very Mad Evil or Very Mad


hahahaha...kat sini pun kena bakar...hahaha sakit perut aku gelak!!!! bounce bounce

adeeehhh...ingat masuk sini nak tenangkan diri dengar lgu2 patriotik....
rupanya ada juga bara api dia.....tiidaaaakkkkkk...

p/s: tunggguuu...akan kubuka thread ku jua dgn aset perangku heeeeeheeeeeheee(ngilai pontianak)
Back to top Go down
von
Command Sergeant Major
Command Sergeant Major


Posts : 1341
Join date : 20/02/2010
Age : 50
Location : car junk

PostSubject: Re: Pelbagai lagu Perang    Tue May 18, 2010 5:50 pm



Ada 2 lagu kat atsa tu - Yg mula2 tu Alte Kameraden (old comrade). lagu ni masa mula aku dgr dlm satu
rencana WWII kat RTM 1 masa tahun 90an...siap rakam pakai video tape. Biasanya kalu ada filem2 rencana pasal Jerman mesti ada keluar lagu ni dan lagu ni amat popular bagi kebanyakkan milteri band dunia.
Biasanya kalau ada tatu kat eropah tu..lagu ni mesti keluar.
Lagu kedua pula ialah Königgrätzer Marsch - Lagu Prussia aad yg lepas..Hitler dgr kata suka lagu ni...depa
laa cakap...Rusia dgn Chile ambik lagu ni utk march diorang.....Chlle ni suka betul lagu2 Jerman ni...banyak
lagu Jerman WWII dia adopt utk diorang..ni masa Pinochet pegang kuasa.....sampaikan topi jerman yg mcm Darth Vader tu pun dia gunakan utk askar Chile sampai tahun 70an tuu...
Back to top Go down
von
Command Sergeant Major
Command Sergeant Major


Posts : 1341
Join date : 20/02/2010
Age : 50
Location : car junk

PostSubject: Re: Pelbagai lagu Perang    Tue May 18, 2010 11:31 pm



British Grenadiers - Ni adalah lagu patriotik wajib kiranya bg askar British. mmg dari dulu lagi. lagu ni
adalah lagu semangat tentera British. Masa operasi Market Garden kat Holland (WWII) ada skumpulan
askar British memainkan lagu ni dgn beberapa flute buatn sendiri dan btg kayu sambil mengetuk2 helmet diorang sementara menunggu2 bekalan sampai (agaknya dah boring sgt pasal bekalan asyik jatuh kat kaw.Jerman aje)...Lagu dah ada sejak 1700an lagi..semasa American Revolution tentera British selalu
memaninkan lagu untuk ke medan perang...biasanya alat2 music simple spt flute dan drum je...
satu lagi versi British Grenadiers kat bawah ni...


Back to top Go down
von
Command Sergeant Major
Command Sergeant Major


Posts : 1341
Join date : 20/02/2010
Age : 50
Location : car junk

PostSubject: Re: Pelbagai lagu Perang    Mon May 24, 2010 1:45 am



Aha...sapa pernah dgr melodi ni...mcm dari area nusantara je kan?
Inilah dia lagu Begawan Solo ciptaan Gesang Martohartono dari Indonesia. Aku biasa dgr lagu ni pasal
org tua selalu pasang rekod lagu ni dulu2. Aku punya ingat tahun 50an punya lagu, rupa2nya masa nak
masuk zaman perang daa 1940. lagu ni dah top kat Ducth East Indies (Indonesia), kemudian bila Jepun
masuk, Jepun pulak dah suka lagu ni. 1943 org Jepun sudah kasi rekod versi Jepun kat Jepunlaa..
Dan lagu ni pulak sudah top kat sana..Bila perang habis..lagu spread kel seluruh dunia dan mcm versi ada.
Kalo tk silap Bing Slamet nyanyi balik pada tahun 50an dan meletup2 kat Nusantara. Tapi yg paling sedap aku dgr yg si Anneke Gronloh nyanyi....Pada 1992 Raja Jepun Hirohito ada anugerahkan medal kat Gesang.
Kerajaan Jepun ada buat satu taman tertera namanya dan juga nama sg tu..Begawan Solo.....


Back to top Go down
von
Command Sergeant Major
Command Sergeant Major


Posts : 1341
Join date : 20/02/2010
Age : 50
Location : car junk

PostSubject: Re: Pelbagai lagu Perang    Sun May 30, 2010 3:50 pm



Rule Britannia - Lagu patriotic British ni mmg selalu dimainkan. lagu ni seiring dgn lagu
British Grenadiers...kira lagu wajib British utk naikkan semangat. Salah satu lagu yg
sering dialunkan ketika WWII. Melodi ni dah ada sejak pertengahan 1700an lagi tp bukan
genre patriotik. Tapi masa Ratu Victoria berkuasa pada 1850an dan British menjadi kuasa
besar dunia, lagu ni pun sama naik...Kalau tgk filem2 perang ke, spy ke....katalah kamera
fokus dari satu tempat didunia, kemudian kamera beralih fokus ke UK, kena pulak gambar
Big Ben ke, Westminster ke...lagu ni mesti keluar punyalah..mesti adalah..biasa kalo dlm
filem gred A laa..kalo filem gred lain dia kluar lagu London Bridge is Falling Down je.....
Lagi satu cuba tgk bola..lebih2 lagi England main..suk2 tgk la world cup..dgrkan lagu ni...
Back to top Go down
von
Command Sergeant Major
Command Sergeant Major


Posts : 1341
Join date : 20/02/2010
Age : 50
Location : car junk

PostSubject: Re: Pelbagai lagu Perang    Thu Jun 03, 2010 11:15 am


Yankee Doodle - ni asalnya lagu British ciptaan sorang doctor masa perang Revolusi Amerika dulu
tahun 1770an. Tapi kemudian pihak pemberontak Amerika pimpinan George Washington sudah angkat
ini lagu sebagai lagu icon kemerdekaan Amerika. Lagu ni terus berkembang dan WWII amat memerlukan
lagu2 patriotik seperti ini untuk kuss semangat..oh tidak..kuat semangat. Bila Jepun serang je Pearl Harbor,
lagu ni semua keluar balik. Sampaikan kat negara kita pun lagu2 ni diserapkan sebagai lagu kanak2
kat tadika2 terutama tahun 70an.
Back to top Go down
von
Command Sergeant Major
Command Sergeant Major


Posts : 1341
Join date : 20/02/2010
Age : 50
Location : car junk

PostSubject: Re: Pelbagai lagu Perang    Thu Jun 03, 2010 10:46 pm

Anak aku kata lagu Yankee Doodle kat atas tu diorng tiru lagu Barnie....
kahkahkah....klaka klaka!!! bounce
Back to top Go down
von
Command Sergeant Major
Command Sergeant Major


Posts : 1341
Join date : 20/02/2010
Age : 50
Location : car junk

PostSubject: Re: Pelbagai lagu Perang    Mon Jun 07, 2010 11:51 pm


Filem yg paling paling paling untung dlm WWII era...dikeluarkan pada 1939 dan seterusnya..
Mendapat tempat di hati di seluruh English speaking country, walaupun dlm masa perang.
lagu ini dan filem ni dah masuk dlm top american film of all time. Clark Gable dan Vivien Leigh adlah
pelakon yg pailing diingati ketika itu di US, Canada, UK, Australia dan ew Zealand.
kisah percintaan keluarga di wilayah selatan berlatarbelakang American Civil War...
Aku rasa2la filem hindustan Sangam tu ada follow ini cerita laaa....



Lagu Ochestra yg kat atas ni pulak ni diconduct oleh komposer ternama John William.
SiJohn ni jugak adalah komposer utk lagu Star Wars, Superman, Indiana Jones, ET, Jaws,
SChindler's Lists dan banayak lagilaa....
Back to top Go down
von
Command Sergeant Major
Command Sergeant Major


Posts : 1341
Join date : 20/02/2010
Age : 50
Location : car junk

PostSubject: Re: Pelbagai lagu Perang    Sun Jun 13, 2010 9:32 pm



When Johnny Comes Marching Home - Lagu ni asalnya masa American civil war dan kedua2 pihak
bertelagah ada mainkan lagu ni. Lepas tu lagu ni masuk kat arkib tentera amerika laa sebagai lagu
warisan. Setipa kali peranag termasuk perang dunia pertama (mcm dlm video tu) dan perang dunia
kedua dan peperangan2 Amerika seterusnya, lagu ni sentiaa berkumandang. Ada ingat Gilligan's Island.
sebuah siri komedi TV pada 70an...Siri tu amik lagu ni sebagai lagu thema. Tajuk dia boleh diandaikan
macam2..Mungkin Johnny (comrade) berjaya balik ke tanahair, mungkim Johnny balik dlm keranda,
marching jugakkan....mungkin Johnny balik dgn kecederaan...kira dlm makna Johnny balik kampung ni...
Back to top Go down
von
Command Sergeant Major
Command Sergeant Major


Posts : 1341
Join date : 20/02/2010
Age : 50
Location : car junk

PostSubject: Re: Pelbagai lagu Perang    Sun Jun 13, 2010 9:46 pm

]
Back to top Go down
von
Command Sergeant Major
Command Sergeant Major


Posts : 1341
Join date : 20/02/2010
Age : 50
Location : car junk

PostSubject: Re: Pelbagai lagu Perang    Fri Jul 09, 2010 12:09 am



Itu hari kita tengok Donald Duck Kat European Theatre,
Yg bi pulak propaganda baik punya kat Pasific...hahahaha
Back to top Go down
SgtKurtz
Sergeant Major of the Army
Sergeant Major of the Army


Posts : 2394
Join date : 05/05/2010
Age : 35

PostSubject: Re: Pelbagai lagu Perang    Fri Jul 09, 2010 12:39 am

von, jika saya ade masa, ingat dtg nak copy lagu jerman nie.....
Back to top Go down
von
Command Sergeant Major
Command Sergeant Major


Posts : 1341
Join date : 20/02/2010
Age : 50
Location : car junk

PostSubject: Re: Pelbagai lagu Perang    Thu Jul 29, 2010 3:50 pm





Preussian Gloria - Sebuah lagu Jerman dari wilayah Prussia. Asal lagu ni ialah semasa zaman Otto von Bismark...Dia lead Prussia state serang Paris dan last2 France kalah pada pada perang 1870.
Disebabkan itu seluru state2 berterabur yg berbahasa Jerman combined dan bikin satu nrgara kuat yg bernama Jerman. Lagu ni mmg dah jadi satu ikon untuk wehmarcht masa WWII dulu. Rentak dia pun bersemangat. Dan kat atas tu German Battleship Bismarck.....sinonim dgn kewujudan lagu ini...
Back to top Go down
sunlay
First Sergeant
First Sergeant


Posts : 711
Join date : 22/12/2009
Age : 42
Location : jugra

PostSubject: Re: Pelbagai lagu Perang    Thu Jul 29, 2010 4:13 pm

von tarak keluar pun...
Back to top Go down
von
Command Sergeant Major
Command Sergeant Major


Posts : 1341
Join date : 20/02/2010
Age : 50
Location : car junk

PostSubject: Re: Pelbagai lagu Perang    Thu Jul 29, 2010 4:44 pm

@sunlay wrote:
von tarak keluar pun...

Aikk? aku punya ada laaa....ape hal pulak ni?
Back to top Go down
von
Command Sergeant Major
Command Sergeant Major


Posts : 1341
Join date : 20/02/2010
Age : 50
Location : car junk

PostSubject: Re: Pelbagai lagu Perang    Fri Jul 30, 2010 11:13 pm




The Girl I Left Behind Me
Saje je post by folk musician...lagu ni ada mcm2 tempo. Asalnya dari Ireland kemudian
spread ke England dan sampailah ke Amerika pada American revolution war.
Bertambah top pada civil war baik pihak Union maupun pihak Confederate.
Great war keluar lagi lagu dan sampai lah WWII. Kisah lagu mmg sinonim dgn
askar2 semua. Yea laa kisah pasal kekasih ditinggalkan pasai nak pi perang....
Back to top Go down
von
Command Sergeant Major
Command Sergeant Major


Posts : 1341
Join date : 20/02/2010
Age : 50
Location : car junk

PostSubject: Re: Pelbagai lagu Perang    Tue Aug 24, 2010 11:00 am



Tra noi diverse genti
Salah satu lagu Handschar, Waffen SS Muslim Mountain Division. maknanya - sepatah haram
pun wa tatau. Kalau ada pun komen2 pasal lagu ni semuanya dlm bahasa ex Yuguslavia agaknya.
Jadi info untuk lagu ni - NIL. Tapi yg buat menariknya ialah iramanya macam pernah dengarlaa.
Rasa2nya macam ada je dalam filem P.Ramlee, Penyamun Bujang Lapok sebagai lagu latar.
Kalau betullaa, zaman 50an dah sampai seteruland laa lagu ni......
Back to top Go down
msy_300177
Sergeant Major
Sergeant Major


Posts : 1041
Join date : 21/08/2010
Age : 39
Location : Kuantan

PostSubject: Nihon Gunka (Lagu Tentera jepun)   Wed Sep 15, 2010 6:56 pm

http://www.youtube.com/watch?v=MS12isLjS5w

http://www.youtube.com/watch?v=MS12isLjS5w

Lagu Kato Hayabusa dari filem perang Jepun tahun 1944 bertajuk Kato Hayabusa Sento-tai (加藤隼戦闘隊?) aka Colonel Tateo Katō's Flying Squadron (64th Sentai) dan aka Colonel Kato's Falcon Squadron. Filem ini mengisahkan Skuadron ke 64 Pasukan Udara Tentera Darat Jepun yg menggunakan pesawat Nakajima Ki-43. Pasukan ini jugalah yang memberikan perlindungan udara keatas pendaratan Tentera Jepun semasa Pertempuran Malaya dan menyerang landasan-landasan udara di tanah Melayu
Back to top Go down
msy_300177
Sergeant Major
Sergeant Major


Posts : 1041
Join date : 21/08/2010
Age : 39
Location : Kuantan

PostSubject: Nihon Gunka 2   Wed Sep 15, 2010 6:59 pm



Lagu bertajuk Doki No Sakura (Bunga Sakura Semusim) adalah lagu patriotik ketenteraan. Amati lirik lagu ini ia memaparkan semangat dan kekuatan Angkatan Tentera Jepun semasa Perang Dunia Ke 2
Back to top Go down
msy_300177
Sergeant Major
Sergeant Major


Posts : 1041
Join date : 21/08/2010
Age : 39
Location : Kuantan

PostSubject: Nihon Gunka 3   Wed Sep 15, 2010 7:00 pm

http://www.youtube.com/watch?v=hjfOrz5gFZM

Antara lagu dikenali Nihon Gunka (Lagu Tentera Jepun).. Arawasi No Uta atau Lagu Helang Ganas adalah lagu untuk Pasukan Udara Tentera Laut Jepun semasa Perang Dunia Ke 2

Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Pelbagai lagu Perang    Today at 6:19 am

Back to top Go down
 
Pelbagai lagu Perang
View previous topic View next topic Back to top 
Page 2 of 3Go to page : Previous  1, 2, 3  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
FORUM PANGGILAN PERTIWI :: MILITARY RADIO FREQUENCIES-
Jump to: