FORUM PANGGILAN PERTIWI
STOP. HOME GUARD CHECK POINT.

Please Log In or Register first.
FORUM PANGGILAN PERTIWI

Forum KESELAMATAN::PENGUATKUASAAN::KETENTERAAN
 
HomeHome  RegisterRegister  Log in  

Share | 
 

 Scratchbuild project: Ferret Scout Car a.k.a Harimau 2000

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2, 3  Next
AuthorMessage
druid_99
Private
Private


Posts : 84
Join date : 25/06/2010
Age : 39

PostSubject: Scratchbuild project: Ferret Scout Car a.k.a Harimau 2000   Mon Jun 28, 2010 1:24 pm

Salam semua,

Saya nak kongsi dengan semua berkenaan projek scratchbuild yang dibina sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-50 lalu. Projek yang bermula dari conversion model skala Daimler Mk.2 kepada projek full-scratchbuild.

Kepada yang tak pasti, ini kenderaannya...



Model yang digunakan pada mulanya ialah model Tamiya 1/35 Daimler Mk.2 Scout Car sebagai asas kerana model ini mempunyai bahagian asas yang sama dengan Ferret atau Harimau 2000 Scout Car (H2KSC). Perbezaan paling ketara adalah pada panjangnya di mana H2KSC adalah lebih panjang dari Daimler.

Pembinaan dimulakan dengan mengubah rim yang digunakan oleh Daimler. Rim Daimler berbeza dari rim H2KSC jadi ia perlu diubah.

Proses bermula dari menandakan bahagian yang akan dibuang. Seterusnya dengan menggunakan grinder, semua details yang ada pada rim itu dibuang.




Kemudian, template perlu dibuat untuk menandakan tempat lugnuts yang ada pada H2KSC jadi menggunakan plastik dengan ketebalan 1mm, template dibuat bagi menandakan tempat2 bagi lugnuts yang akan diletakkan.


Plastik dengan ketebalan 0.25mm dipotong mengikut size rim dan dilekatkan di atas rim tersebut bagi memudahkan proses menanda dan juga bagi memberikan permukaan yang lebih kemas. Template diletakkan di atas kawasan rim dan posisi bagi lugnuts ditandakan menggunakan pensil. Ini perlu dibuat bagi kesemua tayar.




Sambungannya selepas ini... Very Happy




Back to top Go down
von
Command Sergeant Major
Command Sergeant Major


Posts : 1341
Join date : 20/02/2010
Age : 50
Location : car junk

PostSubject: Re: Scratchbuild project: Ferret Scout Car a.k.a Harimau 2000   Mon Jun 28, 2010 1:34 pm


Salam kembali..A ha!!! geng2 Mej(B) ni... selamat datang Druid_99...
Bertambah marak laa scale model kat PP ni....Come on Druid..versi BM pulak...hehehe cheers
Back to top Go down
Laksamana Sunan
General
General


Posts : 2044
Join date : 13/09/2009
Age : 42
Location : Ipoh, Perak.

PostSubject: Re: Scratchbuild project: Ferret Scout Car a.k.a Harimau 2000   Mon Jun 28, 2010 1:37 pm

memang minat dengan model ferrer ni. teruskan posting comrade. hari tu dah congak-congak untuk beli resin ferret kat dalam HLJ.

_________________


"This nation will remain the land of the free
only so long as it is the home of the brave..."
"FREEDOM IS NOT FREE"
Back to top Go down
druid_99
Private
Private


Posts : 84
Join date : 25/06/2010
Age : 39

PostSubject: Re: Scratchbuild project: Ferret Scout Car a.k.a Harimau 2000   Mon Jun 28, 2010 1:44 pm

Terima kasih semua... hehehe...

Trooper_knife: Memang mula2 ingat nak beli dari Accurate Armour tu, tapi dengan harga beratus2 RM tu untuk kit yang besar tapak tangan, rasa tak berbaloi lah pulak... hahaha...

Bahagian seterusnya...

Setelah kawasan lugnuts luaran telah ditandakan, perkara yang sama diulang bagi lugnuts bagi bahagian dalam...


Setelah semua keempat empat tayar telah ditandakan, maka sekarang tibalah waktu yang paling memenatkan... membuat lubang pada kawasan yang telah ditandakan bagi memasukkan lugnuts yang membezakan rim Daimler dan H2KSC.

24 lubang perlu digerudi bagi setiap tayar maka 96 lubang perlu digerudi bagi semua keempat empat tayar (penat ooo)...


Setelah semuanya siap digerudi, rod plastik dipotong sepanjang 3mm untuk menyerupai lugnuts (untuk skala kecik ni, tak perlu nampak shape dia sangat) dan dengan menggunakan tweezer, rod plastik ini dimasukkan didalam lubang yang telah digerudi sebelumnya.




Setelah semuanya selesai, tiub plastik berdiameter besar dipotong dan dilekatkan pada bahagian tengah rim bagi menyerupai hub pada H2KSC.



Pada masa ini, bahagian badan Daimler juga telah ditambah plastik bagi menyerupai H2KSC.


Bahagian chasis juga telah dipotong dan dipanjangkan 3mm mengikut panjang sebenar H2KSC. Bahagian dinding Daimler juga telah dipotong untuk dibina semula.



Bersambung lagi.. Very Happy


Back to top Go down
druid_99
Private
Private


Posts : 84
Join date : 25/06/2010
Age : 39

PostSubject: Re: Scratchbuild project: Ferret Scout Car a.k.a Harimau 2000   Mon Jun 28, 2010 2:01 pm

Sambung lagi...

Selepas membuat perubahan pada casis, ada beberapa perkara yang agak rumit dan berlainan dari diagram Daimler dan H2KSC. Pada masa ni Dremel mencadangkan supaya scratchbuild kesemuanya kecuali tayar yang dah siap.

Maka bermulalah projek scratchbuild ni... hehehe...

Projek ini bermula dengan pembinaan bahagian chasis dimana ukuran diambil dan semuanya dilakarkan di atas sekeping plastik. Setelah selesai, plastik dipotong mengikut bentuk.


Plastik tersebut dilekatkan bagi membentuk bahagian bawah kereta perisai tersebut.



Setelah selesai, perkara yang sama dilakukan untuk bahagian turret.
Bahagian atas

Bahagian bawah (pandangan dari dalam)


Apabila sudah mendapat bentuk asas yang dikehendaki, bahagian lain dibina sedikit demi sedikit disekeliling bentuk asas yang dibina.



Bersambung lagi.... Very Happy




Back to top Go down
Tajau
Sergeant Major
Sergeant Major


Posts : 938
Join date : 19/05/2010
Age : 41
Location : Kota Kinabalu

PostSubject: Re: Scratchbuild project: Ferret Scout Car a.k.a Harimau 2000   Mon Jun 28, 2010 2:12 pm

fuiyoooo dasat buat ferret dari scratch... menanti sambungan seterusnya dengan gumbira... Very Happy
Back to top Go down
druid_99
Private
Private


Posts : 84
Join date : 25/06/2010
Age : 39

PostSubject: Re: Scratchbuild project: Ferret Scout Car a.k.a Harimau 2000   Mon Jun 28, 2010 2:30 pm

Sambungan...

Bahagian atas H2KSC telah disiapkan dan semua gaps dan permukaan telah dikemaskan.



Bahagian enjin dibuat dengan menggunakan plastik pelbagai saiz dan ketebalan.



Close up of the vent.


Binaan diteruskan dengan bahagian turret. Cara yang sama digunakan dimana ukuran diambil dan dipindahkan di atas plastik sebelum dipotong dan digam.





Test fit.



Turret H2KSC ini akan dibuat supaya boleh berpusing ke kiri dan kanan. Jadi untuk membolehkan ianya berputar dan tidak mudah tertanggal, pada mulanya, bahagian tengah ditanda dan plastic tube dilekatkan dipotong dalam 3mm panjang. Kemudian, sedikit indentation dibuat pada tube tersebut bagi membolehkan turret tersebut tidak mudah tertanggal.


Plastik dipotong sedikit dan dilekatkan pada indentation tersebut seperti di dalam gambar di bawah.


Bahagian tersebut kemudiannya dilekatkan pada turret.


Template dibuat bagi membolehkan bahagian bawah turret dimasukkan dengan kemas.


Di bawah adalah bahagian-bahagian yang telah disiapkan.


Test fitting.... canteeekkkkkk... Laughing


Back to top Go down
syark the ghost
Sergeant Major of the Army
Sergeant Major of the Army


Posts : 3678
Join date : 29/12/2009
Age : 31
Location : Shah Alam

PostSubject: Re: Scratchbuild project: Ferret Scout Car a.k.a Harimau 2000   Mon Jun 28, 2010 2:37 pm

perrrrgh ada lagi sorang modeller mcm dremel dan major (b)..terbaik bro...keeping up..kasi bakar tanah PP nie hahahahah
Back to top Go down
generalkiva
Sergeant Major of the Army
Sergeant Major of the Army


Posts : 1656
Join date : 30/04/2010
Age : 36
Location : Penang

PostSubject: Re: Scratchbuild project: Ferret Scout Car a.k.a Harimau 2000   Mon Jun 28, 2010 2:47 pm

Bole sy tau plastic jenis apa druid guna ni? berapa harga? Smile
Back to top Go down
druid_99
Private
Private


Posts : 84
Join date : 25/06/2010
Age : 39

PostSubject: Re: Scratchbuild project: Ferret Scout Car a.k.a Harimau 2000   Mon Jun 28, 2010 2:50 pm

Fender depan dan belakang akhirnya dapat disiapkan menggunakan plastik dengan ketebalan 1mm selepas beberapa kali gagal... Very Happy


Setelah bahagian yang digam telah kukuh, parts box pula dibina di kesemua bahagian H2KSC.





Kotak yang lebih besar telah ditambah pada bahagian kanan H2KSC. Tiub plastik dilekatkan di bahagian kiri bagi menempatkan tayar gantian.



Bahagian kanan.

Bahagian kiri.


Sambungan seterusnya... penambahan detail.


Back to top Go down
dremel
Specialist
Specialist


Posts : 187
Join date : 04/10/2009

PostSubject: Re: Scratchbuild project: Ferret Scout Car a.k.a Harimau 2000   Mon Jun 28, 2010 2:51 pm

salam Im,

Imran antara scratchbuilder terbaek juga.....ferret scout car antara keje beliau yg dpt perhatian ramai viewer forum2 tempatan n oversea....
antara org yg membawa saya masuk dlm forum Scale Model Malaysia....

baru bercakap dgn hilmi....ajak dia jon pangilan pertiwi...di harap ramai lagi kawan2 kita yg xpose kerja2 kat sini...berkongsi dgn bakat2 dan peminat2 cale model kat sini pula....sambil berkongsi ilmu....

meriahkan thread Model berskala dan proses pembinaan.....

Terima Kasih
Naza aka Dremel
Back to top Go down
druid_99
Private
Private


Posts : 84
Join date : 25/06/2010
Age : 39

PostSubject: Re: Scratchbuild project: Ferret Scout Car a.k.a Harimau 2000   Mon Jun 28, 2010 2:58 pm

@syark the ghost wrote:
perrrrgh ada lagi sorang modeller mcm dremel dan major (b)..terbaik bro...keeping up..kasi bakar tanah PP nie hahahahah
Thanks...

@generalkiva wrote:
Bole sy tau plastic jenis apa druid guna ni? berapa harga?
Tak sure nak cakap camne. Beli plastic sheet ni dari Multifilla (kedai arts and craft di Balakong) dengan harga RM36 kalau tak silap... size plastic sheet... 4ft x 3ft kalau tak silap.

@dremel wrote:
salam Im,

Imran antara scratchbuilder terbaek juga.....ferret scout car antara keje beliau yg dpt perhatian ramai viewer forum2 tempatan n oversea....
antara org yg membawa saya masuk dlm forum Scale Model Malaysia....

baru bercakap dgn hilmi....ajak dia jon pangilan pertiwi...di harap ramai lagi kawan2 kita yg xpose kerja2 kat sini...berkongsi dgn bakat2 dan peminat2 cale model kat sini pula....sambil berkongsi ilmu....

meriahkan thread Model berskala dan proses pembinaan.....

Terima Kasih
Naza aka Dremel
Aisehhh Naza, biasa2 jee lah... masih belajar lagi... hehehe.. nanti nak ajak my brother join sekali kat sini... hehehe...
Back to top Go down
druid_99
Private
Private


Posts : 84
Join date : 25/06/2010
Age : 39

PostSubject: Re: Scratchbuild project: Ferret Scout Car a.k.a Harimau 2000   Mon Jun 28, 2010 3:16 pm

Penambahan detail....

Hac dibina menggunakan plastik dengan ketebalan 0.25mm. Engsel pada hac dibina menggunakan plastic rod.




Exhaust dibina menggunakan plastic tube dan plastic sheet. Satu lagi perbezaan ketara di antara Daimler Scout Car, Ferret Scout car dari H2KSC.



Setelah siap, tiba masanya untuk membina sistem suspension. Disebabkan terlampau malas nak scratchbuild, sistem suspension diambil dari Daimler. Gambar dibawah menunjukkan bagaimana sistem suspension dimasukkan di dalam chasis H2KSC.








Sistem suspension yang telah siap.


Back to top Go down
generalkiva
Sergeant Major of the Army
Sergeant Major of the Army


Posts : 1656
Join date : 30/04/2010
Age : 36
Location : Penang

PostSubject: Re: Scratchbuild project: Ferret Scout Car a.k.a Harimau 2000   Mon Jun 28, 2010 4:19 pm

wau....tenkiu bagi jawapan...sy duk penang susah sket nak jumpa material tu...nanti cari aa... suspension tu kalau masuk spring betul...bole melantun2 feret tu Very Happy
Back to top Go down
druid_99
Private
Private


Posts : 84
Join date : 25/06/2010
Age : 39

PostSubject: Re: Scratchbuild project: Ferret Scout Car a.k.a Harimau 2000   Mon Jun 28, 2010 4:22 pm

@generalkiva wrote:
wau....tenkiu bagi jawapan...sy duk penang susah sket nak jumpa material tu...nanti cari aa... suspension tu kalau masuk spring betul...bole melantun2 feret tu Very Happy

Ooo... dok Penang ke??? Area mana? Ada sorang modeller dok kat Kulim, selalu kalau balik my in-law's house mesti bawak balik either model kit or stock2 modelling untuk dia. Very Happy

Selain dari plastik tu, boleh jugak gunakan plastic tupperware ice cream. Ada modeller yang pernah guna benda tu.
Back to top Go down
generalkiva
Sergeant Major of the Army
Sergeant Major of the Army


Posts : 1656
Join date : 30/04/2010
Age : 36
Location : Penang

PostSubject: Re: Scratchbuild project: Ferret Scout Car a.k.a Harimau 2000   Mon Jun 28, 2010 4:25 pm

@druid_99 wrote:
@generalkiva wrote:
wau....tenkiu bagi jawapan...sy duk penang susah sket nak jumpa material tu...nanti cari aa... suspension tu kalau masuk spring betul...bole melantun2 feret tu Very Happy

Ooo... dok Penang ke??? Area mana? Ada sorang modeller dok kat Kulim, selalu kalau balik my in-law's house mesti bawak balik either model kit or stock2 modelling untuk dia. Very Happy

Selain dari plastik tu, boleh jugak gunakan plastic tupperware ice cream. Ada modeller yang pernah guna benda tu.
area bukit mertajam...aku pernah main2 bina tank pakai kadboard kokocrunch ja dulu... Smile ...nampak material druid ni tertarik plak Smile
Back to top Go down
druid_99
Private
Private


Posts : 84
Join date : 25/06/2010
Age : 39

PostSubject: Re: Scratchbuild project: Ferret Scout Car a.k.a Harimau 2000   Mon Jun 28, 2010 4:29 pm

@generalkiva wrote:
@druid_99 wrote:
@generalkiva wrote:
wau....tenkiu bagi jawapan...sy duk penang susah sket nak jumpa material tu...nanti cari aa... suspension tu kalau masuk spring betul...bole melantun2 feret tu Very Happy

Ooo... dok Penang ke??? Area mana? Ada sorang modeller dok kat Kulim, selalu kalau balik my in-law's house mesti bawak balik either model kit or stock2 modelling untuk dia. Very Happy

Selain dari plastik tu, boleh jugak gunakan plastic tupperware ice cream. Ada modeller yang pernah guna benda tu.
area bukit mertajam...aku pernah main2 bina tank pakai kadboard kokocrunch ja dulu... Smile ...nampak material druid ni tertarik plak Smile

Kalau nak guna bahan yang lagi tahan lasak dan mudah diperolehi, rasanya boleh guna mounting board. Kebanyakan kedai alat tulis ada jual dan mounting board ni selalu digunakan untuk buat model rumah (selalu dekat2 showhouse ada model ni).
Back to top Go down
syark the ghost
Sergeant Major of the Army
Sergeant Major of the Army


Posts : 3678
Join date : 29/12/2009
Age : 31
Location : Shah Alam

PostSubject: Re: Scratchbuild project: Ferret Scout Car a.k.a Harimau 2000   Mon Jun 28, 2010 4:32 pm

lagi druid lagi show us more hehehehe
Back to top Go down
druid_99
Private
Private


Posts : 84
Join date : 25/06/2010
Age : 39

PostSubject: Re: Scratchbuild project: Ferret Scout Car a.k.a Harimau 2000   Mon Jun 28, 2010 4:44 pm

Thanks guys... more detailing progress...

Ini pulak pembuatan smoke grenade launcher (rasanyalah). Dibuat menggunakan plastik ketebalan 2mm dan juga batang putik kapas untuk baby... (cotton bud punya batang tu... tapi for babies punya yang diameter lagi kecil dari biasa). Pensel diletakkan di sebelah untuk menunjukkan size sebenar.


Smoke grenade launcher platform dibina dengan menggunakan plastik 1mm.



Lepas ni... lagi tambahan detail.
Back to top Go down
druid_99
Private
Private


Posts : 84
Join date : 25/06/2010
Age : 39

PostSubject: Re: Scratchbuild project: Ferret Scout Car a.k.a Harimau 2000   Mon Jun 28, 2010 4:48 pm

Selingan sebentar...

Tayar dipasang sementara untuk melihat sama ada nampak ok ke tak. Tayar sebelah tu terapung sebab bentuk mukabumi tak rata... hehehe


Perbandingan saiz diantara H2KSC dengan Leopard 2A5.



Selepas ini... detailing lagi... Very Happy

Back to top Go down
druid_99
Private
Private


Posts : 84
Join date : 25/06/2010
Age : 39

PostSubject: Re: Scratchbuild project: Ferret Scout Car a.k.a Harimau 2000   Mon Jun 28, 2010 4:59 pm

Detailing works lagi...

Detail pada hac depan dibina menggunakan plastik 0.25mm. Frame pada hac dipotong dengan berhati2 menggunakan guide dari Hasegawa Trytool.


Engsel pada hac dibuat menggunakan plastic dan dibentuk dengan pisau (leceh kerja ni, nasib baik jadi pada percubaan pertama).


Kesemua bahagian dilekatkan pada body.


Rod plastik berdiameter paling kecil di potong sepanjang 3mm setiap satu dan dengan menggunakan pisau yang tajam, garisan dibuat untuk mendapatkan imej engsel.


Frame pada bahagian dalam terpaksa dipotong untuk mendapatkan saiz yang betul. Jika dilihat dengan teliti akan nampak kesan potongan pada frame.
Back to top Go down
sunlay
First Sergeant
First Sergeant


Posts : 711
Join date : 22/12/2009
Age : 42
Location : jugra

PostSubject: Re: Scratchbuild project: Ferret Scout Car a.k.a Harimau 2000   Mon Jun 28, 2010 5:54 pm

tabikkk....
Back to top Go down
Haniff
Civilian
Civilian


Posts : 34
Join date : 23/06/2010
Age : 34
Location : Sepang, Selangor

PostSubject: Re: Scratchbuild project: Ferret Scout Car a.k.a Harimau 2000   Mon Jun 28, 2010 6:08 pm

Saya nak tnya ttg pmbinaan turret tu:
1. adakah pla-plate yg condong tu dipasang satu per satu atau ianya satu pla-plate yg panjang tapi di bengkokkan pd sudut tertentu? Camne nak buat ye?
2. Ade tak tutorial bervideo atau bergambar yg ade demo cara nak pasang pla-plate?
3. Pla-plate tu digam guna tamiya cement atau gam gajah?

Terima kasih.

Back to top Go down
dremel
Specialist
Specialist


Posts : 187
Join date : 04/10/2009

PostSubject: Re: Scratchbuild project: Ferret Scout Car a.k.a Harimau 2000   Mon Jun 28, 2010 6:39 pm

ajaklah harman....ajak sekali kuman....landy shah u pon ok gak tu;)....

layan tengok wip lama2....aku ni suruh kawan je post aku sendiri stuck mcm tu gak....
korang layanlah dulu.....nti kita rewind balik wip2 yg maybe kawan2 kat sini belum tengok...

Thank alot bro...
Back to top Go down
druid_99
Private
Private


Posts : 84
Join date : 25/06/2010
Age : 39

PostSubject: Re: Scratchbuild project: Ferret Scout Car a.k.a Harimau 2000   Tue Jun 29, 2010 1:21 am

@Haniff wrote:
Saya nak tnya ttg pmbinaan turret tu:
1. adakah pla-plate yg condong tu dipasang satu per satu atau ianya satu pla-plate yg panjang tapi di bengkokkan pd sudut tertentu? Camne nak buat ye?
2. Ade tak tutorial bervideo atau bergambar yg ade demo cara nak pasang pla-plate?
3. Pla-plate tu digam guna tamiya cement atau gam gajah?

Terima kasih.


Saya cuba jawab satu-persatu...

1. Pla-late yang condong tu dipasang satu per satu. Untuk mendapatkan sudut condong yang betul, rujukan adalah amat penting kerana dari rujukan tu kita akan dapat mengukur sudut yang betul dan mengetahui sama ada pembinaan yang dilakukan betul atau tidak. Pada bahagian turret itu sahaja terdapat 10 keping pla-plate yang dipotong mengikut saiz sebelum dicantumkan untuk mendapat bentuk.

2. Maaf, tiada tutorial bervideo atau demo cara nak pasang pla-plate. Saya pernah membuat workshop tentang scratchbuilding tetapi tiada video. Kalau nak belajar, no problem.. I'm willing to help... Very Happy

3. Pla-plate boleh digam menggunakan Tamiya Extra Thin glue ataupun Revell Contacta, bergantung kepada jenama kegemaran asalkan ia akan mencairkan plastik sedikit. Gam Gajah tidak digalakkan kerana bila kering, ianya susah untuk diratakan dan ia tidak mencairkan plastik.

Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Scratchbuild project: Ferret Scout Car a.k.a Harimau 2000   Today at 12:07 pm

Back to top Go down
 
Scratchbuild project: Ferret Scout Car a.k.a Harimau 2000
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 3Go to page : 1, 2, 3  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
FORUM PANGGILAN PERTIWI :: MODEL BERSKALA & PROSES PEMBUATAN-
Jump to: