MILITARY FORUM
 
HomeRegisterLog in


Share | 
 

 1/35 projek kedai potong: T-72 kepada PT-91M "Pendekar"

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7  Next
AuthorMessage
druid_99
Private
Private


Posts: 84
Join date: 25/06/2010
Age: 37

PostSubject: 1/35 projek kedai potong: T-72 kepada PT-91M "Pendekar"   Tue Jul 06, 2010 5:21 pm

Memandangkan kereta peninjau Harimau 2000 dah selesai posting thread dia, maka kali ni posting lagi satu thread... projek kedai potong... conversion dari T-72B kepada PT-91M "Pendekar"

Model yang digunakan ialah model kereta kebal T-72B dari Mini Hobby Models kerana harga yang agak murah jadi tak terasa rugi sangat masa sesi potong memotong nanti... Very Happy

Trek yang digunakan untuk pembinaan ini ialah trek individual bagi kereta kebal Abrams.

Mula2 sekali kena buang label "on-off" tu memandangkan model ini motorized. Dengan menggunakan pisau yang tajam, label tu semua dibuang.

Label on-off.


Buang menggunakan pisau yang tajam.


Selesai.


Terdapat banyak lubang pada bahagian belakang yang perlu di tutup dengan menggunakan plastik dan filler.


Memandangkan model ni model yang murah, terdapat banyak kecacatan yang wujud jadi untuk memudahkan kerja, kedua-dua bahagian disambungkan dan segala kecacatan dibuang menggunakan kikir yang kasar.


Gambar di bawah ini menunjukkan kepingan plastik yang telah diletakkan di kawasan yang perlu ditutup dengan filler.




Last edited by druid_99 on Tue Jul 06, 2010 5:33 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
ggk
Sergeant Major of the Army
Sergeant Major of the Army


Posts: 2053
Join date: 22/12/2009
Age: 35

PostSubject: Re: 1/35 projek kedai potong: T-72 kepada PT-91M "Pendekar"   Tue Jul 06, 2010 5:28 pm

aku menunggu
Back to top Go down
http://malaysiamilitarypower.blogspot.com/
druid_99
Private
Private


Posts: 84
Join date: 25/06/2010
Age: 37

PostSubject: Re: 1/35 projek kedai potong: T-72 kepada PT-91M "Pendekar"   Tue Jul 06, 2010 5:32 pm

Proses seterusnya... Terdapat beberapa perbezaan kecil yang wujud di antara PT-91M dan T-72 jadi perbezaan kecil ini akan diselesaikan dahulu...

Gambar di bawah ini menunjukkan bahagian belakang kereta kebal.


Jika dilihat dengan teliti, terdapat bentuk bulat di bahagian tengah kereta kebal tersebut dengan empat screw manakala pada T-72 terdapat lima screw pada bahagian tepi.


Bahagian yang tidak diperlukan dipotong menggunakan gergaji PE.



Dengan menggunakan template bulatan, saiz yang sesuai dipilih dan dengan menggunakan plastik dengan ketebalan 0.5mm, bentuk bulat dipotong dan dilekatkan pada tempatnya... Rod plastik digunakan untuk menyerupai lugnuts.



Bersambung kemudian..
Back to top Go down
afiq flanker
Sergeant Major of the Army
Sergeant Major of the Army


Posts: 3371
Join date: 09/11/2009
Age: 25
Location: atas udara

PostSubject: Re: 1/35 projek kedai potong: T-72 kepada PT-91M "Pendekar"   Tue Jul 06, 2010 5:36 pm

pergh..mantap bro...keep it up... cheers
Back to top Go down
lokan
Private First Class
Private First Class


Posts: 137
Join date: 18/06/2010
Age: 27

PostSubject: Re: 1/35 projek kedai potong: T-72 kepada PT-91M "Pendekar"   Tue Jul 06, 2010 5:41 pm

ayak...ni yang ditungu2 dan dicarik2...lagi2
Back to top Go down
druid_99
Private
Private


Posts: 84
Join date: 25/06/2010
Age: 37

PostSubject: Re: 1/35 projek kedai potong: T-72 kepada PT-91M "Pendekar"   Tue Jul 06, 2010 5:49 pm

Okeh... selingan sekejap...

Kepada sesiapa yang nak tau cara2 nak buat bulatan kat belakang tu, camni cara dia...

Memula sekali guna template yang bulat ni and cari yang agak2 bersesuaian dengan saiz. Lepas tu gunakan pin yang tajam (kat sini aku gunakan alatan kosmetik untuk pecahkan jerawat... hahaha) untuk buat garisan pada plastik dan kemudian, potong dengan garisan lurus serapat mungkin dengan bulatan tersebut dan kemudian kemaskan dengan kikir dan juga kertas pasir dengan 500 grit tahap kekasaran.









Selesai...

Back to top Go down
ggk
Sergeant Major of the Army
Sergeant Major of the Army


Posts: 2053
Join date: 22/12/2009
Age: 35

PostSubject: Re: 1/35 projek kedai potong: T-72 kepada PT-91M "Pendekar"   Tue Jul 06, 2010 6:09 pm

hnnnnnghhh tak sabar nak tengok
Back to top Go down
http://malaysiamilitarypower.blogspot.com/
lokan
Private First Class
Private First Class


Posts: 137
Join date: 18/06/2010
Age: 27

PostSubject: Re: 1/35 projek kedai potong: T-72 kepada PT-91M "Pendekar"   Tue Jul 06, 2010 6:24 pm

Off Topik jap..

ader x modeller2 yang buat aset2 ATM Xkire r Artileri ker Rifle ker..
agak ssg nak mencarik model2 cengini...nk kner blajar gak nie...huhuhu
Back to top Go down
tomcat tiram
Sergeant Major of the Army
Sergeant Major of the Army


Posts: 3195
Join date: 14/12/2009
Age: 23

PostSubject: Re: 1/35 projek kedai potong: T-72 kepada PT-91M "Pendekar"   Tue Jul 06, 2010 7:04 pm

kagum2...

ngan skru2 pun diambil berat....

memang cam ganas...

Back to top Go down
druid_99
Private
Private


Posts: 84
Join date: 25/06/2010
Age: 37

PostSubject: Re: 1/35 projek kedai potong: T-72 kepada PT-91M "Pendekar"   Wed Jul 07, 2010 9:13 am

Terima kasih semua...

Sambungan lagi... hehehe...

Ini merupakan modifikasi yang paling rumit dan memakan masa...

Pertama sekali, sprocket perlu diubah tetapi roller yang lain sama dengan PT-91M.


Sprocket pada T-72 mempunyai 14 gigi manakala Pendekar mempunyai 12. Selain daripada gigi tambahan tu, details yang lain adalah sama.


Dengan menggunakan template yang digunakan sebelum ini, diameter luaran sprocket diukur.


Kemudian diameter dalam pula diukur.


Dengan menggunakan pointer yang tajam, bulatan diameter sprocket tu digariskan.


Dengan menggunakan protaktor, pada setiap 30 darjah ditandakan untuk mendapatkan lokasi 12 gigi yang perlu diletakkan. Ini outcome dia.


Dengan menggunakan gigi sprocket asal yang telah dipotong, setiap satu dilekatkan pada plastik yang telah ditandakan.


Setelah selesai, bahagian dalam dipotong dan bondite diletakkan pada bahagian yang telah dibina. Pada masa ini lebihan plastik belum lagi dipotong.


Bila Bondite dah keras, lebihan plastik dibuang dan selesailah modifikasi dari 14 ke 12 point sprocket. Sprocket yang dah siap ni akan dilekatkan terus pada sprocket asal.


Back to top Go down
Tajau
Sergeant Major
Sergeant Major


Posts: 938
Join date: 19/05/2010
Age: 39
Location: Kota Kinabalu

PostSubject: Re: 1/35 projek kedai potong: T-72 kepada PT-91M "Pendekar"   Wed Jul 07, 2010 9:26 am

Fuiyoooo memang hobi yang perlu tahap kesabaran yang tinggi... salute!

Menanti sambungan seterusnya... nak gie ambik popcorn dulu
Back to top Go down
druid_99
Private
Private


Posts: 84
Join date: 25/06/2010
Age: 37

PostSubject: Re: 1/35 projek kedai potong: T-72 kepada PT-91M "Pendekar"   Wed Jul 07, 2010 9:48 am

Progress lagi...

Roller semuanya dah disambung. Walaupun terdapat allignment issues tapi lepas semuanya dah siap, masalah tu akan settle dengan sendirinya.


Lubang di bahagian bawah juga telah ditampal.


Nuts yang dilekatkan sebelum ini nampak tak sama dengan yang ada pada PT-91 jadi, semuanya telah dibuang dan digantikan dengan yang lebih kecil...Bahagian yang berlubang juga telah ditampal dengan menggunakan putty.



Gap yang ada pada bahagian atas-belakang pada kawasan sprocket belakang telah ditampal dengan menggunakan plastik den juga Bondite. Lubang ini asalnya adalah untuk laluan motor kerana model ini merupakan model motorized.


Trek individual dari Abrams juga telah disambung tetapi belum lengkap lagi. Very Happy


Back to top Go down
wufi
Command Sergeant Major
Command Sergeant Major


Posts: 1123
Join date: 11/03/2010
Age: 33

PostSubject: Re: 1/35 projek kedai potong: T-72 kepada PT-91M "Pendekar"   Wed Jul 07, 2010 10:05 am

salutee!!
Back to top Go down
http://majapatih.blogspot.com/
kuk
Sergeant Major of the Army
Sergeant Major of the Army


Posts: 2936
Join date: 17/09/2009
Age: 37
Location: Kelantan

PostSubject: Re: 1/35 projek kedai potong: T-72 kepada PT-91M "Pendekar"   Wed Jul 07, 2010 10:26 am

Bro druid,

Ko boleh jadi designer keta kebal dah kalu macam ni punya detail ko buat Laughing
Back to top Go down
druid_99
Private
Private


Posts: 84
Join date: 25/06/2010
Age: 37

PostSubject: Re: 1/35 projek kedai potong: T-72 kepada PT-91M "Pendekar"   Wed Jul 07, 2010 10:32 am

Muncung meriam digantikan dengan brass tube kerana muncung meriam yang asal terlalu teruk moldingnya sehinggakan tak dapat nak diselamatkan.


Terdapat masalah fitting pada penutup barrel jadi ianya dibuang dan digantikan dengan bondite.



Bondite dipenuhkan pada kawasan kosong dan dengan menggunakan bahagian tajam pada blackhead remover, kedutan pada tarp ditambah tapi nampak macam terlebih tambah lah pulak... Smile

Back to top Go down
 

1/35 projek kedai potong: T-72 kepada PT-91M "Pendekar"

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 7Go to page : 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
HOME OF THE BRAVE :: -